SIFAT ORANG MUKMIN : PART 1

Disampaikan oleh: USTAZ AIDIL ADHA

Dua sifat yang perlu ada dalam diri seorang mukmin ialah الخوف  (takut) dan الرجاء (berani).

Al-khauf ialah perasaan takut di atas dosa-dosa yang telah dilakukan sekalipun dosa tersebut ialah dosa kecil. 
Apabila disebut 'doa' semua ialah maksiat. Oleh yang demikian, kita dilarang untuk berkata 'takpe je, dosa kecil je'. 


Maksudnya: Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) (Al-Zalzalah, 99:7) 


Maksudnya: Dan barangsiapa kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya (Al-Zalzalah, 99:8)

Oleh yang demikian, walaupun sebesar zarah pun boleh menyebabkan kita dicampakkan ke dalam api neraka. Nauzubillah. Walaupun dalam ilmu feqah ada diistilahkan dosa besar dan dosa kecil namun, dalam ilmu tasawwur tiada istilah dosa besar dan dosa kecil kerana dosa ialah perkara yang mungkar yang menjadi hijab dalam menghubungkan kita dengan Allah. 

Ar-Raja' 
Walaupun kita buat baik, kita masih mengharapkan redha Allah.  Oleh itu sebesar-besar maqasid hidup kita ialah mendapat keredhaan Allah. 

Firman Allah :  "Wahai Muhammad, beritahu hambaku bahawa aku ini Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sejauh mana besar dan banyak dosa kamu, kalau kamu sedar dan rasa bahawa aku ini besar dan hebat lalu kamu tunduk pohon pada aku, maka aku Maha Pengampun dan Maha Penyanyang. Tapi ingat walaupun aku Maha Pengampun, tapi aku mempunyai azab dan azab aku terlalu pedih."

Ayat ini menerangkan bahawa jika kita melakukan kebaikan hadirkan rasa takut apatah lagi jika kita melakuka kejahatan.


Maksudnya: Maka apabila engkau telah selesai (dari seseuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain) (Asy-Syarh, 94:7)


Maksudnya: dan hanya kepada Tuhanmu engkau berharap. (Asy-Syarh, 94:8)

Kita selalu rasa cukup dengan amal yang kita lakukan dan beranggapan bahawa amalannya sudah cukup untuk membawanya ke syurga. Ayat di atas menerangkan bahawa orang yang cemerlang apabila dia sudah selesai melakukan perkara wajib dia akan susuli dengan perkara sunat. 

Tidak dinafikan bahahwa untuk seseorang melakukan perkara sunat setelah melakukan perkara wajib agak susah. Ianya akan jadi mudah bilamana wujudnya rasa SAYANG. Apabila hadirnya rasa sayang kepada Tuhan, maka kita dengan sendirinya akan melakukan perkara sunat tersebut. Kerana, jika kita solat sunat sedikit pun tidak menguntungkan Allah kerana Allah tidak berkehendak kepada makhluk untuk menyempurnakan qudrat dan iradatNya.

Kalau kita lihat pada diri kita, kita akan dapati diri kita, seorang yang hina. Sebenarnya, Allah lah jua yang memberi kita qudrat yang kita rasai sekarang ini. Tapi apakah tujuan Allah memberi qudrat? Rupa-rupanya Allah memberi kita kekuatan untuk menjadi hambaNya. Fikirkan berapa banyak masa kita guna untuk jadi hamba Allah berbanding menjadi hamba dunia. Bayangkan berapa ramai yang khianat dengan nikmat yang Allah beri?

Allah berfiman "Jika kamu tidak takut dengan aku, tapi ingat bahawa azab Aku sangat pedih." Api neraka disejukkan lebih daripada 120 000 tahun. Sejuk pun masih lagi panas.

Berbalik kepada rasa sayang kepada Allah. Because of love, everything become easy. Imam Shafie mampu khatam Al-Quran tiga kali sehari, sehingga beliau tidak sedar bahawa beliau tidak tidur malam. Begitu juga Rasulullah, kerana sayang baginda pada Allah, baginda beribadat solat sunat tahajud sehingga pecah tumit kaki. Orang yang sayang pada Allah akan melakukan kejaiban pada dirinya.




Maksudnya: yang mengampuni dosa dan menerima taubat dan keras hukumanNya; yang memiliki kurnia. Tidak ada Tuhan selain Dia, Hanya kepadaNyalah (semua makhluk) kembali. (Al-Ghafir, 40:3)

Syadidul Iqab iaitu Allah keras balasannya. namun begitu Allah memberi banyak nikmat. Jika dibanding nikmat Allah yang telah diberikan olehNya, nescaya tidak terhintung nilainya. Sehingga sekecil-kecil perkara pun ada fungsi. Contohnya, bulu roma. Secara saintifiknya, bulu roma ini berfungsi untuk mengekalkan suhu badan. Jika udara sekeliling sejuk, maka bulu roma akan tegak berdiri. KENAPA? Kerana jarak antara bulu roma dan kulit itu merupakan tempat untuk menyimpan haba. Begitulah sebaliknya jika udara sekeliling panas. Oleh yang demikian, cuba kita fikirkan jika tiada bulu roma di badan kita, impaknya kita akan mati kesejukan.

Sesungguhnya perkara yang Allah buat dan manusia tidak boleh membuatnya, maka perkara tersebut ialah perkara yang mahal. Jika kita menghitung nikmat Allah sehingga kita sendiri tak sanggup nak derhaka kepada Allah.


Maksudnya: Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu perkara (Yasin, 36:82)

Walaupun Allah bersikap dengan Syadidul Iqab tetapi Allah juga memberi nikmat. Jika kamu bersyukur, maka Allah akan menambahnya. Syukur ialah apabila kamu memperoleh nikmat maka kamu mentaati perintah Allah.


Maksudnya: Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu besyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengikari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."

Kita tidak seharusnya cenderung kepada Al-Khauf semata tetapi haruslah disertakan dengan Ar-Raja'.
Firman Allah: "Dan Allah memerintahkan kamu beringat-ingat tentang kekuasan Allah." Kita ini jika diibaratkan telur hujung tanduk pun boleh kerana nasib kita ditangan Allah. 

Allah itu Maha Penyayang kepada hambaNya. Contohnya, seseorang itu mencuri, adakah Allah terus membalasnya dengan balasan misalnya sesak? Sudah pasti tidak, tetapi perbuatannya memperoleh dosa. Namun begitu, Allah juga memberi peluang kepada hambaNya unutk bertaubat di atas dosa yang telah dia lakukan. Begitulah yang berlaku pada Fudhil bin Iyat seorang perompak, kemudian menjadi wali Allah.

Orang yang takut melakukan kejahatan semasa tidak dilihat oleh orang atau tidak melihat azab Allah kerana tahu Allah itu Maha Melihat. Ini merupakan maqam yang hebat iaitu maqam ehsan. 


Syeikh Al-Marhum Abdul Hamid Ad-Duyyu rahimatullah. Tok Guru beliau, telah memberikan seekor burung seorang kepada beliau dan sahabatnya untuk menyembelih burung tersebut. Tetapi diletakkan syarat agar mereka menyembelih di tempat yang tiada orang melihatnya sebelum matahari terbenam. Kesemua sahabatnya membawa burung yang telah disembelih oleh mereka tetapi Syeikh Abdul Hamid ni, masih lagi belum pulang walaupun matahari sudah jatuh. Selepas maghrib, beliau pun pulang dalam keadaan burungnya masih hidup. 

Tok Guru: Macam mana Sheikh Abdul Hamid, semua kawan kamu menyembelih burung di tempat yang tiada orang?
Sheikh Abdul Hamid: Setiap kali saya pergi saya berasa Allah Maha Melihat. Tiada tempat yang di muka bumi ini tidak dilihat oleh Allah.

Lalu Sheikh Abdul Hamid pun menyerahkan burung tersebut kepada Tok Gurunya.

Tok Guru: Dalam banyak-banyak anak murid aku, kamu seorang je yang faham.

Padahal ketika Tok Guru mengajar, Sheikh Abdul Hamid sedang menyediakan makanan. Oleh kerana minat dia nak belajar, maka dia mendengar apa yang diajar oleh Tok Guru. 


Sheikh Abdul Hamid merupakan ulama' besar, cuma dia nak kaji dalam ehsan apabila ada orang tua yang bercerita kepadanya bahawa dia telah pergi ke Mekah dengan sepantas kilat. 

Sheikh Abdul Hamid: Betulkah kamu pergi ke Mekah?
Orang tua: Betul saya pergi ke Mekah. Ini barang yang saya beli di sana.
Sheikh Abdul Hamid: Bagaimana kamu boleh pergi ke Mekah secepat itu?
Orang tua: Wahai Syeikh, syaitan boleh pusing bumi ambil masa lama mana? Sekelip mata sahaja. Tidakkah jika Allah boleh memperjalankan hambanya dengan kehendak Allah supaya lagi cepat daripada syaitan.

Syeikh Abdul Hamid pun berasa pelik.

Syeikh Abdul Hamid: Kamu mengaji dengan siapa?
Orang tua: Tok Guru.
Syeikh Abdul Hamid: Dimanakah Tok Guru kamu?

Lalu orang tua itu menyatakan tempat Tok Gurunya. Mula-mula Syeikh Abdul Hamid ini pergi ke tempat Tok Guru itu, beliau dihambat keluar. Tok Guru itu berkata "Kamu datang bukan dengan ikhlas." Bayangkan, Syeikh Abdul Hamid ini seorang ulama besar. Semua anak murid Tok Guru melihat beliau dihalau lalu beliau pun keluar.

Pada hari keesokannya, beliau datang lagi, sampai di depan pintu, Tok Guru itu pun menghalaunya lagi. Tiga hari berturut-turut Syeikh Abdul Hamid dihalau oleh Tok Guru walhal Tok Guru tersebut tidak mengenalinya. 

Pada hari keempat, Tok Guru itu pun memanggil beliau. 
Tok Guru: Apakah makna ikhlas?
Syeikh Abdul Hamid: Saya tak tahu.
Tok Guru: Baiklah, macam ini, saya nak ajar kamu. 

Tok Guru meletakkan daging, jantung, hati lembu dan kambing di bahu Sheikh Abdul Hamid untuk dijual di pasar. Namun begitu, Syeikh Abdul Hamid seorang tok kadi yang besar, enggan masuk ke pasar untuk menjual barangan tersebut kerana rasa malu lalu membawa balik barangan tersebut. Bayangkan, dengan pemakaian yang hebat, apakah yang difikirkan oleh masyarakat yang lain? Kemudian,Tok Gurunya bertanya, "Adakah kamu memahami masuk ikhlas? Jadi, jual balik." Bilamana beliau masuk ke pasar, ramai yang mengatakan beliau gila dan seumpamanya.

Ikhlas ini ialah bilamana kamu melakukan sesuatu tanpa menghiraukan apa yang difikirkan dan diperkatakan oleh orang lain asal kita tahu apa yang kita buat ialah perkara yang halal dan Allah redha. Hakikatnya, bukan semua orang tahu apa yang kita tahu. Oleh itu, mereka akan bercakap apa yang kita lakukan salah.

Tok Guru: Sekarang kamu dah faham erti ikhlas. Kamu boleh belajar tetapi kamu tak boleh belajar seperti orang lain, kamu harus menjadi khadam (budak tok guru). Dalam keadaan melakukan tugas lain, kerana niatnya untuk belajar, maka beliau dapat ilmu tersebut.


Allah Taala ucapakan perasan takut dengan ucapan maha pengasih. Ini merupakan satu petanda perasaan takut harus disertakan dengan harapan. 

Kita biasanya akan rasa Allah itu maha berkuasa bilamana kita memperoleh nikmat. Walhal, apabila kita tidak memperoleh apa yang kita hajati menunjukkan bahawa Allah itu maha berkuasa atas tiap-tiap mahkluk.

Oleh yang demikian, hubungan Ar-Raja' dengan Al-Khauf menimbulkan perasaan takut tetapi menenangkan hati dan meneteramkan jiwa. Contohnya, solat. Tenang hati tetapi rasa takut.

Seorang Imam besar di Mekah iaitu Syeikh Abdul Rahman Huzaifi. Ketika beliau menjadi imam, biasanya beliau akan tersalah atau gagap sedangkan dia tok imam yang hebat. Hatta dia baca khutbah pun nampak dia rasa takut. Pernah ada seorang bertanya kepada beliau, "Wahai Sheikh, kenapa kadang-kadang syeikh baca nampak rasa takut?" Lalu Sheikh itu menjawab, "Macam mana saya tak takut kalau manusia yang hadir ke Masjid Nabawi ialah sebaik-baik manusia. Macam mana saya nak baca khutbah, sedangkan gedung ilmu saya berada di depan iaitu Rasulullah." Keadannya sama jika kita sedang menyampaikan sesuatu, dan tok guru kita berada di hadapan.


TAMBAHAN NOTA
  • Tukar buku amalan ialah dua kali sehari yakni pada waktu Asar dan waktu Subuh. Bukannya pada malam Nisfu Sya'ban.
  • Nak baca Yasin ketika malam nisfu Sya'ban tidak berdosa. Tetapi berdosa bilamana salah meletakkan hukum wajib untuk membaca Yasin padalam malam nisfu Sya'ban.

RUJUKAN

https://www.facebook.com/jomkitakekuliah/videos/1367089946700217/

Comments

Popular posts from this blog

DAPATAN DARIPADA MIFTAHUL MURID FI ILMIT TAUHID : PART 1

TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR AYAT 68-70

TAFSIR AS-SAD AYAT 62-83