KEHIDUPAN SELEPAS MATI : PART 1

Apabila itu telah meninggal dunia, kita haruslah menyegerakan urusan jenazah termasuklah mengusung jenazah ke dalam kubur. Jika jenazah itu baik, maka jenazah itu tidak sabar untuk ke kubur untuk mendapat nikmat Allah. Kendatipun begitu, jika jenazah itu jahat, maka tiada faedah jika kita memikulnya lama-lama.

Selain itu, urusan jenazah seperti memandikan, mengafakan jenazah haruslah dilakukan dengan cermat. Jenazah akan pesan kepada orang hidup agar jangan berkasar dengan dia.

Malaikat diperintah oleh Allah untuk mengambil tanah, tetapi tanah tidak membenarkan mereka kecuali Malaikat Izrail. Lalu Malaikat Izrail pun mengambil beberapa jenis tanah dalam pada masa yang sama tanah masih beleter kepadanya. Disebabkan pelbagai jenis tanah ini, melahirkan pelbagai jenis warna kulit manusia. Allah berfirman disebab Malaikat Izrail mengambil tanah, maka dia akan menggalas tanggungjawab mengambil nyawa manusia. Malaikat Izrail berkata, maka nanti dia akan bermusuhan dengan Adam. Lalu Allah menjawab, "Tidak kerana aku akan menjadikan mati itu bersebab."

Kemudian, selepas jenazah tersebut ditanam, tanah tersebut diratakan, dan dibacakan talkin. Talkin bukan sahaja untuk mengajar jenazah untuk menjawab persoalan Malaikat Munkar dan Nakir tetapi mengajar manusia yang masih hidup akan hidup selepas kematian. Pastinya setiap individu itu pasti menempuhinya.

Kubur itu antara satu kebun-kebun syurga atau satu lubang-lubang neraka

Saidina Uthman pergi ke kubur dan menangis sehingga basah janggutnya.

Rasulullah berkata permulaan akhirat ialah alam kubur. Jikalau seseorang itu selamat di dalam kubur, maka selepas itu, dia akan terselamat. Dan begituah sebaliknya. Pendeknya, azab dalam kubur itu sebenar dan nikmat dalam kubur itu sebenar.

Wallahulam.

Comments

Popular posts from this blog

DAPATAN DARIPADA MIFTAHUL MURID FI ILMIT TAUHID : PART 1

TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR AYAT 68-70

TAFSIR AS-SAD AYAT 62-83