PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ
Peristiwa Isra' dan Mikraj
27 REJAB
Masjid Universiti Teknologi Petronas
Peristiwa Isra' dan Mikraj berlaku pada tahun ke-11 kenabian yang mana yakni ketika Nabi Muhammad berusia 51 tahun. Terdapat tiga mesej yang terselit dalam peristiwa Isra' dan Mikraj iaitu imaniah, ilmiah dan amaliah.
Imaniah - menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah bilamana Allah pamerkan kepada Nabi Muhammad pelbagai seksaan yang dihadapi oleh manusia serta dipamerkan gambaran syurga dan neraka.
Ilmiah - pengetahuan tentang alam yang mana boleh dikaji dan diteliti oleh manusia, contonya, penciptaan langit dan bumi.
Amaliah - kewajipan menunaikan ibadat solat.
Maksudnya : Mahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadany sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat (Al-Isra', 17:1)
Abu Bakar mempercayai kata-kata nabi kerana Abu Bakar mempercayai menggunakan iman tetapi tidak bagi orang kafir. Orang kafir berfikir menggunakan akal. Maka, mereka tidak mempercayai kata-kata Rasulullah,
Rasulullah melihat lelaki dan perempuan mnanam tanaman, lalu ia tumbuh dan berbuah. Lalu diambilnya dan tanaman itu berbuah lagi.
Rasulullah bertanya kepada malaikat, "Wahai Jibrail, siapakah itu?"
Lalu Jibrail menjawab, " Itu ialah umatmu, Muhammad. Apa yang mereka kerjakan di dunia ialah mereka rajin bersedekah"
Kehidupan di syurga, hidup selama-lamanya, muda selama-lamanya, sihat selama-lamanya dan nikmat selama-lamanya.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment