TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR AYAT 68-70


Maksudnya: Dan sangkakala pun ditiup, maka matilah semua (makhluk) yang di langit dan di bumi kecuali mereka yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sekali lagi (sangkakala itu) maka seketika itu mereka bangun (dari kuburnya) menunggu (keputusan Allah) (Az-zumar, 39:68)

نفق (ditiup) - Allah sengaja merahsiakan siapa yang meniup sangkakala. Tetapi menurut tafsir sangkakala pertama yang bertujuan untuk mematikan semua yang benyawa yakni jin, haiwan dan manusia.

الصور (merujuk kepada benda yang ditiup)
Mati yang disebabkan as-sur mati yang bergelimpangan, dengan mata terbeliak akibat daripada frekuensi yang tidak dapat ditahan oleh telinga, sehingga pecah gegendang telinga.

من - menunjukkan orang yang bernyawa dan berakal iaitu malaikat, jin (syaitan dan iblis) dan manusia tetapi dalam ayat ini memfokuskan jin dan manusia sahaja. Hal ini disebabkan malaikat tidak melakukan dosa. Mereka berakal tapi tidak bernafsu. Hanya manusia jin dan manusia yang akan dinilai. Bagi yang tidak berakal, tidak bernilai kerana apabila mati mereka akan menjadi tanah.



Maksudnya: Dan sungguh, akan kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tapi tidak mempergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah (Al-A'raf, 7:179)


فصعق - bergelimpangan

الا من شاء الله - kecuali yang Allah benarkan iaitu malaikat Mikail, Jibrail dan Israfil. Allah yang akan cabut nyawa mereka.

ثم - buat sesuatu di antara jurang masa. Contohnya, Muhammad masuk dalam tetapi tak terus duduk mungkin dia pergi bercakap dengan kawan dia dulu ke.

ف - terus buat sesuatu selepas sesuatu perkara. Contohnya, Muhammad masuk dalam kelas, terus duduk.

Jangan qiyaskan kehidupan di kubur dengan kehidupan di dunia. Contohnya dengan mengatakan "untunglah mati lambat, sekejap sahaja kena seksa jika dibandingkan dengan yang mati dahulu". Barzarkh merupakan dinding antara dunia dan akhirat. Ada orang sesaat dalam kubur ibarat 1000 tahun. Ada orang 1000 tahun dalam kubur ibarat malam pengantin. Maka, nasib seseorang itu berdasarkan kadar amalan sepanjang hidupnya. Cukuplah menqiyaskan kubur itu daripada taman-taman syurga atau dari kawah-kawah neraka. Oleh yang demikian, kita yang mencorakkan hidup kita untuk menjadikan kubur kita sebagai taman syurga atau kawah neraka.

Tidak kisahlah, jika kita dimamah usia ataupun masih berusia muda, ingatlah...


Maksudnya: Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.(At-Taubah, 9:41)

في الحركة البركة - dalam gerak kerja ada barakah. 

Untuk memperoleh jiwa yang tenang ialah bila buat kerja sebagai hamba Allah bukan sebab nak pahala dan syurga harus melalui dua proses

1. Nafsu amarah (diceritakan dalam kisah nabi Yusof dalam surah Yusof) - jiwa yang ajak kepada perkara yang jahat. Senjata untuk melawan nafsu amarah ialah mujahadah.

2. Nafu lawwamah - jiwa yang suka mencela diri sendiri.
Rasulullah bersabda:
"Apabila Allah mahu kebaikan ke atas dirinya, Allah akan buka keaiban dirinya."
Allah buka kebaikan dirinya, dia akan sentiasa tengok kelemahan, kelemahana, kecacatan amalan dirinya. Maka dia akan sibuk dengan membetulkan dirinya sendiri. Tetapi jika dia melihat kemungkaran di hadapan matanya, dia akan menegurnya kerana beramal dengan amal maruf dan nahi munkar. Maka, perasaan menyesal sentiasa mahu bertaubat akan selalu hadir dalam dirinya.

Imam Al-Gahazali menyatakan,
"Jika hadir perasaan menyesal, maka itu dikira taubat"

Hadis Nabi s.a.w:
"Bila Allah kasih pada seseorang hamba itu, walaupun sebelum ini hidup dia teruk. Tetapi sebenarnya Allah tak tengok perkara itu jika dia bertaubat pada Allah"


Tiga hari sebelum matahari naik ke barat, sebenarnya matahari tidak akan terbenam, tetapi tidak terasa. Dan apabila matahari naik sebelah barat, maka tidak guna segala amalan.
Kata ulama' waktu subuh dan asar, waktu yang hebat. Waktu Subuh merupakan satu nikmat apabila matahari naik. Waktu Asar matahari tenggelam. Dianggap satu lampu isyarat yang besar. Apabila matahari naik, bertebaran manusia di muka bumi Allah dan berhentilah ketika matahari tenggelam.
Ahli Tasawuf, apabila matahari terbenam dia akan galak sebab nak buat ibadat.

Nabi berkata:
"Orang lelaki (termasuk perempuan) yang bangun tengah malam, yang mengingat Allah, dia punya aroma itu, mudah untuk mengeluarkan air mata"
Waktu malam, senang untuk mengalirkan air mata tetapi jika waktu siang, agak sukar kerana kurang rasa "feeling".

Tambahan pula, Allah suruh bangun malam untuk memberi manfaat di padang mahsyar untuk memudahkan bangun daripada kubur.


Tiupan sangkakala kedua (siapa yang tiup, tidak diketahui). Ada ulama mengatakan bahawa malaikat Israfil. Sangkakala yang diintifaq ulama' ialah sangkakala pertama. Apabila ditiup sangkakala kedua, semua orang bangun, dan 'duduk tengok-tengok' (tercengang-cengang) selama 50 000 tahun. Sehinggalah disinari cahaya keadilan Allah.

Ketika Nabi Muhammad membaca surah Al-Qiyamah. Abu Jahal berkata "Wahai Muhammad, engkau selalu cakap pasal kiamat dan mati" lalu dia bawak tulang dan hancurkan tulang depan nabi dan suruh Allah cantumkan ia, tak perlu letak roh takpe.

Bako' arodhi (kekal selepas wujud)
1. syurga
2. neraka
3. ujubuz zana' yang terletak di tulang sulbi

Menurut Imam Qurtubi, ada hampir 10 macam keadaan manusia ketika berhadapan dengan Allah. Ada yang jalan kebelakang, ada yang berjalan dengan kepala dibawah, kaki ke atas dimana bergantung pada amalan masing-masing.

Hadis Nabi:
"Sebaik-baik kamu yang berada dihadapan Allah ialah orang yang sentiasa diarakkan kebaikan padanya"
Hadis Nabi:
"Sebaik manusia ialah orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain"
Semasa kita hidup, sentiasa fikir untuk memberi manfaat kepada orang lain. Salah satunya dengan memberi khidmat. Jika diimbau sirah nabi, Nabi Muhammad mempunyai ramai khadam kerana mereka mahu berkhidmat kepada Nabi Muhammad.
"Sebaik-baik orang ialah orang yang selamat daripada kejahatannya"

Kemudian jumpa nabi Adam, nabi Adam berkata "nafsi, nafsi"


Maksudnya: Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka jangalah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah. (Luqman, 31:33)




Maksudnya: Dan bumi (padang Mahsyar) menjadi terang benderang dengan cahaya (keadilan) Tuhannya; dan buku-buku (perhintungan perbuatan mereka) diberikan (kepada masing-masing), nabi-nabi dan saksi-saksi pun dihadirkan lalu diberikan keputusan di antara mereka secara adi, sedang mereka tidak dirugikan (Az-Zumar, 39:69)

Apabila manusia dibangkitkan semula di hari kiamat, Allah akan tunjukkan kuasaNya dengan menghamparkan bumi dan Allah akan pancarkan cahaya yang dirasai oleh hamba yang beramal ibadat.

Soalan pertama ketika berhimpun di Padang Mahsyar dalam keadaan tidak berpakaian dan tidak bersunat.
"Siapa yang memiliki pada hari ini?"
Tapi, semua tunduk dan tiada sesiapa pun yang menjawab sampailah Allah sendiri yang menjawab.
"Hari ini tiada yang berani mendakwa dia hebat dan berkuasa. Hari ini untuk aku."



ووضع - digantung amalan di tengkuk

"Kitab apakah ini? Yang kecil pun tulis, yang besar pun tulis, yang sembunyi pun tulis dan yang terang pun tulis."


Maksudnya: Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit meeka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka lakukan. (Fussilat, 41:20)


Maksudnya: Dan mereka berkata kepada kulit mereka, "Mengapakah kamu menjadi saksi terhadap kami?" (Kulit) mereka menjawab, "Yang menjadikan kami dapat berbicara adalah Allah, yang (juga) menjadikan segala sesuatu dapat berbicara, dan Dialah yang menciptakan kamu yang pertama kali dan hanya kepadaNya kamu dikembalikan". (Fussilat, 41:21)


Maksudnya: Dan kamu tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu lakukan. (Fussilat, 41:22)


Tidak akan bergerak kaki seseorang hamba di padang Mahsyar kecuali dengan menjawab empat soalan.
1. Dengan umurmu, kamu habiskan dengan apa?
2. Masa mudamu, kamu habis dengan apa?
3. Ilmu yang ada pada kamu, adakah kamku beramal dengannya?
4. Hartamu ambil dari mana dan bagaimanakah harta tersebut dibelanjakan?


Ada orang akan ambil buku amalan dengan tangan kanan, ada yang ambil buku amalan dengan tangan kiri tetapi yang paling teruk ialah orang yang mengambil dari belakang, maknanya muka akan duduk dan ambil kitab melalui celah kangkangnya dan mengambil kitab amalan tersebut.

Tayamun - Nabi Muhammad suka membuat sesuatu sebelah kanan kecuali ketika di dalam tandas supaya mudah-mudahan nanti kita akan mendapat buku amalan dengan tangan kanan.

Begitu juga ketika mengambil air sembahyang. Ketika menyapu air di tangan kanan "Ya Allah, supaya daripada tangan ini, akan memperoleh kitab amalan. Ketika menyapu air di tangan kiri "Ya Allah supaya jauhkan tangan ini akan memperoleh kitab amalan"


Maksudnya: Dan setiap manusia telah Kami kalungkan (catatan) amal perbuatannya dilehernya. Dan pada Hari Kiamat Kami keluarkan baginya sebuah kitab dalam keadaan terbuka. (Al-Israa, 17:13)

Antara doa yang boleh diamalkan,
"Wahai Allah, tolong sembunyikan keabaikan aku dengan makhluk langit dan bumi dan pada hari akhirat."


Semua Nabi berdiri menjadi saksi apa yang dibuat oleh umatnya


Maksudnya: Dan bagaimanakah (keadaan orang kafir nanti), jika Kami mendatangkan seorang saksi (rasul) dari setiap umat dan Kami mendatangkan engkau (Muhammad) sebagai saksi ke atas mereka.(An-Nisa', 4:41)

الشهداء
1. Malaikat yang menjaga amalan
2, Orang yang mati syahid yang menjadi saksi pada hari akhirat


Kemudian, dijatuhkan hukuman antara manusia dengan benar. Manusia sepatutnya diajar dosa dan pahala. Pada kebiasannya, jika satu syarikat itu memanggil ustaz, biasanya yang orang bawahan yang akan hadir ke kuliah ustaz dan jarang kelihatan orang atasan. Sepatutnya yang atasan yang kena hadir ke kuliah ustaz kerana mereka yang akan memandu orang bawahan.

Pepatah Cina:
"Jika kepala ikan buruk, badan habislah rosak" 
Jika ketua keluarga rosak, habislah rosak keluarga.


Dan mereka itu tidak akan dizalimi. Hari khiamat merupakan hari keadilan.





Maksudnya: Dan kepada setiap jiwa diberi balasan dengan sempurna sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya dan Dia lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan. (Az-Zumar: 39:70)

Di dunia tak sempat nak balas lagi, tetapi di akhirat Allah akan sempurnakan.



RUJUKAN



Comments

Popular posts from this blog

DAPATAN DARIPADA MIFTAHUL MURID FI ILMIT TAUHID : PART 1

TAFSIR AS-SAD AYAT 62-83