SIFAT ORANG MUKMIN : PART 3

Disampaikan oleh: USTAZ AIDIL ADHA

Sambungan: SIFAT ORANG MUKMIN : PART 2

(WARAK)

Perlu kita tanam perasaan bimbang, takut-takut amalan yang kita nampak secara zahirnya ialah amalan soleh, rupa-rupanya ia merupakan satu amalan yang sia-sia, yang tidak ditimbang oleh Allah Taala. Jangan kita fikir, orang yang melakukan kerja maksiat sahaja yang masuk neraka tetapi orang yang melakukan kerana taat zahirnya, dan batilnya maksiat, yang dibuat bukan kerana Allah, ataupun buat kerana Allah tetapi mempunyai sikap ujub dan riyak, akhirnya masuk ke neraka juga. Begitulah yang berlaku pada Iblis yang beribadat selama 80,000 tahun tetapi keengganannya untuk sujud pada Adam kerana sifatnya yang takabbur menjadikan ia makluk yang hina dan akan masuk ke neraka kelak.

Rasulullah bersabda, "Hendaklah kamu jaga-jaga dengan penyakit hasad kerana penyakit hasad menghilangkan amalan kebaikan yang kamu kerjakan"

Iblis ini bermula dengan penyakit hasad / dengki. Katanya, "Aku lebih baik daripada Adam, aku dijadikan daripada api dan Adam dijadikan daripada tanah."  Iblis tahu pasal kejadian Adam kerana Iblis yang sendiri kutip tanah untuk dijadikan jasad Adam. Apabila Allah meniupkan roh ke jasad Adam, maka Allah memerintahkan Iblis untuk sujud pada Adam untuk memuliakan Adam bukannya sujud untuk mengabdikan diri pada Adam. Iblis tahu tanah ini bagaimana, busuk, kotor dan sebagainnya tetapi dia harus sujud pada Adam. Tambahan, Adam pada ketika itu, belum melakukan apa-apa ibadat kepada Allah sedangkan Iblis sudah lama mengabdikan diri pada Allah.

Sama juga dalam gerakkan Islam, contohnya, kita selalu berfikir dan merancang untuk kerja Islam tetapi orang lain yang naik. Terasa hati tak kita? Terasa hati, masakan tidak. Oleh yang demikian, terasa hati itu perangai Iblis. Kesannya, akan membawa kepada dendam, khianat dan sebagainya.


Ada sebiji epal yang hanyut dalam sungai, lalu dimakan oleh seorang manusia kerana dia berasa sangat lapar. Kemudian, dia rasa bersalah kerana memakan buah tersebut tanpa mengetahui tuan empunya epal tersebut. Lalu dia pun mengikut arus sungai dan terjumpa tukang kebun. Kemudian, dia meminta untuk dihalalkan buah epal, walaupun dari segi feqah, buah yang hanyut itu boleh dimakan. Tukang kebun itu enggan menghalalkan buah epal tersebut kecuali dengan syarat pemuda itu harus berkahwin dengan anaknya yang buta, pekak dan bisu. Lelaki itu sanggup bernikah tetapi setelah dinikahkan mereka berdua, pemuda itu hairan kerana isterinya tidak buta, tidak pekak dan tidak bisu.

Abu Bakar makan kurma kerana lapar sangat. Tetiba terlintas di fikirannya, "kurma siapa yang aku makan tadi?" Oleh disebabkan rasa bersalahnya, dia pun mengeluarkan kembali kurma tersebut.

Imam Shafie mengatakan "Wahai Tuhan, aku tidak layak ke syurgamu,...." Bukannya Imam Shafie tak nak masuk syurga tapi ini ialah warak. Imam Shafie merasakan amalannya tidak layak untuk masuk ke syurga tetapi Iblis merasakan amalannya yang 80,000 tahun itu cukup untuk masuk ke syurga. Sedagkan pengorbanan imam Shafie yang tidak tidur malam kerana menyelesaikan masalah feqah. "Ulama itu pewaris Nabi" Imam Malik, tok guru Imam Shafie serta Imam Ahmad, anak murdi Imam Shafie hormat kepada beliau.

Ini bukan persoalan feqah tetapi persoalan warak (orang yang soleh tapi takut akan dosa yang telah dia lakukan).


Diriwiyatkan Nabi Muhammad pernah melihat Malaikat Jibrail sedang bergayut di kain kaabah. Sambil Malaikat menangis dan berdoa, "Ya Allah, Ya Tuhanku, janganlah nama aku diubah dan jasadku ditukar." Sedangkan malaikat tidak pernah melakukan derhaka pada Allah, sejak hari pertama mereka diciptakan.

Nabi Adam diciptakan dengan qudrat Allah. Sekali sahaja Nabi Adam melanggar perintah Allah iaitu telah memakan buah larangan, buah khuldi lalu Allah memerintahkan para malaikat untuk mengiringi Nabi Adam ke bumi. Lalu menangislah Nabi Adam selama 200 tahun. Baginda menyesal dan terhina dan berasa susahnya ujian Allah di dunia. Nabi Adam tidak diturunkan di Mekah. Ada yang mengatakan Nabi Adam diturunkan di India, dan ada juga yang mengatakan Nabi Adam diturunkan di Asia. Sambil berjalan itu, Nabi Adam menangis. Sedangkan Allah telah mengampunkan dosanya sebelum dia dikeluarkan dari syurga. Inilah ciri orang yang soleh. Walaupun dosanya diampun oleh Allah dia masih berasa bersalah. Perasaan bersalah ini, bukan sahaja setakat 200 tahun itu, tetapi berlanjutan sehingga Nabi Adam takut untuk memberi syafaat di Padang Mahsyar kerana teringat dosanya yang dulu.

Nabi Nuh diuji dengan kaumnya. Namun demi memperjuangkan agama, baginda hadapi dengan penuh kesabaran. Kemudian, baginda mendapat teguran daripada Allah tatkala Nabi Nuh berkata, "anak itu kelahiranku" yakni ketika baginda hendak menggapai tangan anaknya yang hendak tenggelam kerana ingkar dengan syariat yang dibawa oleh Allah. Yang duduk dalam bahtera Nabi Nuh tak sampai 80 orang, sedangkan Nabi Nuh telah berdakwah selama 960 tahun siang dan malam. Ada yang mengatakan Nabi Nuh gila dan banyak lagi. Lalu Allah telah menyuruh Nabi Nuh untuk membuat bahtera. Nabi Nuh menjadi seorang arkitek yang hebat, tahu nak guna kayu apa, tahu macam mana nak letak haiwan dan sebagainya. Ada di antara mereka, membuang air besar di bahtera tersebut. Tetapi Nabi Nuh tetap menyiapkan bahtera. Sehinggalah Allah menurunkan hujan dan bumi merekah untuk mengeluarkan air. Pendeknya, air keluar dari atas dan bawah. Pada saat itu, Nabi Nuh mengajak anaknya naik bersama dengannya. Si anak pun membalas bahawa dia mahu naik bukit untuk menyelamatkan dirinya. Nabi Nuh berkata, tiada yang dapat menyelamat kita pada hari ini. Pada ketika Nabi Nuh melihat anaknya timbul tenggelam, maka Nabi Nuh nak selamatkan anaknya lalu Allah marah. Lalu Nabi Nuh berkata kepada Allah, "Ini ialah zuriatku" Selepas daripada peristiwa itu, Nabi Nuh datang rasa bersalah, Nabi Nuh berdoa dan bertaubat sehinggakan tidak mengangkat muka selama 40 tahun kerana malu, tidak melanggar perintah Allah.

Nabi Ibrahim berkata, "Aku tidak menginginkan apa-apa selain keampunan daripada Allah" disertai perasaan takut yang mendalam kerana baginda meminta keampunan kepada ayahnya (yang bernama Azza) yang berlainan agama. Ayah baginda merupakan tok imam besar yang membuat patung dan segala projek membuat patung dibawah kawalannya. Bayangkan daripada seorang bapa yang ketuan dalam penghasilan patung, Allah lahirkan seorang Nabi daripadanya.

Begitu juga kisah Ikrimah, anak Abu Jahal (nama sebenar Abu Hakam) yang mati syahid sedangkan bapanya seorang yang jahil.

Begitu juga kisah penduduk Taif yang menghalang perjuangan Islam. Tetapi akhirnya penduduk Taiflah yang memeluk Islam tatkala orang lain murtad dari Islam. Hanya orang tua mereka yang jahil tetapi anak mereka tidak semestinya jahil.


TAMBAHAN NOTA
  • Yahudi mengajar manusia untuk melakukan fitnah untuk menang dalam politik. Biar lambat tetapi mendapat keredhaan Allah.
  • Kerja Islam ialah membetulkan aqidah manusia dan mendidik manusia bukannya menabur fitnah untuk memenangi pilihan raya. Apabila kita melakukan kerja Islam kerana manusia, maka kita akan berasa letih tetapi jik kita melakukan kerja Islam kerana Allah akan rasa gembira.

RUJUKAN

https://www.facebook.com/jomkitakekuliah/videos/1418700841539127/

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

DAPATAN DARIPADA MIFTAHUL MURID FI ILMIT TAUHID : PART 1

TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR AYAT 68-70

TAFSIR AS-SAD AYAT 62-83