KESALAHAN YANG DILAKUKAN PADA BULAN SYAWAL
1. Pemborosan
Sikap berboros ini telah wujud pada awal bulan Ramadhan lagi dimana satu hari pemborosan makanan di bulan Ramadhan melebihi satu tan makanan. Satu tan makanan ini mampu untuk diberikan kepada 6 juta orang. Allahu, pemborosan yang nyata yang dilakukan oleh umat Islam di bulan yang mulia.
2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
Contohnya yang paling kerap dilakukan oleh masyarakat hari ini ialah bersalaman antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan. Selain itu, tanpa memahami perbezaan ayah/mak sedara betul atau ayah/mak sedara sabit juga menambahkan kekeliruan masyarakat. Untuk makluman semua, misalnya, saya ialah seorang perempuan. Saya dibenarkan untuk bersalaman dengan ayah sedara betul (adik beradik mak dan ayah) tetapi tidak dibenarkan untuk bersalaman dengan ayah sedara sabit (suami adik beradik perempuan mak dan ayah).
Walaupun ada yang mengatakan kita dibenarkan untuk bersalaman dengan orang tua yang bukan muhrim, namun, haruslah dipastikan bahawa orang tua tersebut sudah tidak berasa syahwat. Contohnya, orang tua yang berusia lebih 100 tahun.
Kanak-kanak yang belum baligh dibenarkan untuk bersalaman dengan mereka.
3. Tabarruj
Bermekap dan berwangi-wangian sehingga menaikkan syahwat.
4. Tinggalkan zikir dan Al-Quran
Di bulan Ramadhan, kita melazimi diri kita dengan zikir dan Al-Quran, tetapi setelah Ramadhan pergi, kita meninggalkan amalan kita. Hal ini disebut sebagai ibadah bermusim yang tidak sepatutnya diamalkan oleh umat Islam. Kita seharusnya menjadi hamba Allah bukannya menjadi hamba bulan Ramdhan.
5. Banyakkan menziarahi sanak saudara tetapi tidak menziarahi jiran
Perbuatan ini menyalahi dari segi adab.
Rasulullah sendiri pergi ke rumah Abu Jahal dan Abu Lahab untuk menyampaikan dakwah Islam. Abu Lahab antara orang yang paling gembira apabila Rasulullah dilahirkan. Walaupun Abu Lahab sendiri mengetahui anak saudaranya seorang yang amanah tetapi dia masih tidak mahu mengikuti ajaran yang dibawa oleh Rasulullah kerana dia seorang yang kaya. Pada kebiasaannya, orang kaya ini, sukar untuk ditegur.
Maksudnya: Binasalah kedua tanan Abu Lahab dan benar binasa dia! (Al-Masad, 111:1)
Maksudnya: Tidaklah berguna bagi hartanya dan apa yang dia usahakan (Al-Masad, 111:2)
Hidup ini boleh kita umpamakan ikan dan umpan di mata kail. Jika ikan itu, memakan umpan tersebut sekali gus, maka ikan tersebut akan menjadi lauk. Tetapi jika ikan itu, memakan umpan tersebut sikit-sikit maka ia akan selamat. Begitulah hidup manusia, jika kita tamak mencari harta, kelak kita yang akan merugikan diri sendiri menjadi makanan api neraka. Maka, jauhilah sifat tamak, bersederhanalah dalam hidup.
Namun begitu, Allah tidak melarang hambaNya untuk mencari harta di muka bumi ini. Firman Allah:
Maksudnya; Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi; carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung. (Al-Jumu'ah, 62:10)
Berbalik kepada persoalan di atas, ziarilah jiran kita walaupun berbeza agama mahupun berbeza politik.
6. Perjalanan untuk menunaikan Solat Raya AidilFitri
Kita digalakkan (bukan diwajibkan) untuk pergi ke surau untuk menggunakan jalan yang dekat dan pulang dengan menggunakan jalan yang jauh. Hal ini secara tidak langsung, dapat merapatkan ukhuwah antara umat Islam.
Konklusi
Konklusinya, berpuasa di bulan Ramadhan diibaratkan kita sedang mengecas bateri selama 30 hari. Janganlah kita, belum sampai satu hari, sudah berbuat dosa sedangkan masa untuk mengecas itu ialah 30 hari.
TAMBAHAN NOTA
Antara orang yang hatinya sakit ialah
1. Lidah yang rosak (membohong, mengumpat, menfitnah, susah utuk berzikir)
2. Hati yang mudah berdendam dengan orang (melakukan khianat, menabur fitnah, hasad dengki)
- Perbuatan hasa ini boleh menyebabkan segala amalan yang kita lakukan hangus begitu sahaja
3. Telinga dan matanya tidak mendengar dan dilihat oleh perkara selain yang dibenarkan oleh Allah
- Oleh yang demikian, kita haruslah sentiasa berdoa pada Allah agar sentiasa menghapuskan dosa kita.
4. Tangan yang memberi tanpa meminta-minta
- Sedekah jariah ialah wakaf
Maksudnya: Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat, yang dilunakkan hati (muallaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang yang berhutang, untuk jalan Allah, untuk orang sedang dalam perjalanan, sebagai kewajipan bagi Allah. Allah Maha MengEtahui, Maha Bijaksana. (At-Taubah, 9:60)
Maksudnya: Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat, yang dilunakkan hati (muallaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang yang berhutang, untuk jalan Allah, untuk orang sedang dalam perjalanan, sebagai kewajipan bagi Allah. Allah Maha MengEtahui, Maha Bijaksana. (At-Taubah, 9:60)
8 asnaf yang layak diberikan zakat ialah
1. fakir
2. miskin
3. amil
4. fisabilillah
5. orang yang berhutang
6. hamba
7. muallaf
8. musafir
Pemberian zakat haruslah diberikan kepada orang bukannya benda contohnya masjid. Selain itu, golongan yang miskin hanya golongan fakir, miskin sahaja. Selain daripada dua golongan ini, boleh jadi orang tersebut ialah orang kaya. Contohnya, sultan yang hendak berjuang fisabilillah, boleh menerima zakat walaupun baginda seorang yang kaya.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment