DAPATAN DARIPADA MIFTAHUL MURID FI ILMIT TAUHID : PART 1


Mungkin ada sedikit perbezaan daripada kitab yang sebenar kerana ustaz menggunakan pengiraan yang biasa dan diketahui ramai. Walau bagaimanapun pengiraan tersebut tidak boleh dikatakan salah kerana ada hujahnya tersendiri

Hukum akal terbahagi kepada tiga iaitu
  • wujub
  • istihalah
  • jawaz
Perkara yang dihukum oleh akal terbahagi kepada tiga iaitu
  • wajib (perkara yang sungguh)
    barang yang tidak dapat dirupakan pada akalnya akan tidaknya
  • mustahil (perkara yang tidak)
    barang yang tiada dapat dirupakan pada akalnya sungguhnya
  • jaiz (perkara yang harus / boleh jadi)
    barang yang sah pada akal akan adanya dan tiadanya
Perbezaan antara ada, sungguh, tiada dan tidak 

Ada : Nampak yang perkara ada dan lawannya tidak
Tiada : lawannya ada
Sungguh : Kadang-kadang sungguh itu tak semestinya ada dan lawannya tidak.
Contohnya kita tidak nampak udara. Maka, udara itu tiada tapi sungguh.
Tidak : lawannya sungguh

Aliran Ahli Sunnah terbahagi kepada dua iaitu
  • Abu Mansor Al-Marthudi
    - sifat wajib bagi Allah = 20
    - sifat mustahil bagi Allah = 20
    - sifat harus bagi Allah = 1

  • As-Syairiah
    - sifat wajib bagi Allah = 13
    - sifat mustahil bagi Allah = 13
    - sifat harus bagi Allah = 1

    Perbezaan antara bilangan kerana As-Syairiah tidak mengambil kira bahagian 'kaunuhu...' kerana disekallikan makna pada sebelumnya. Namun pada pandangan Al-Marthudi perkara tersebut merupakan perkara yang berbeza

Sifat-sifat Allah beserta makna dan huraiannya
  1. Wujud ertinya ada zat Allah Taala, maka ada Allah Taala itu dengan sendirinya. Lawannya tiada, Mustahil Allah itu tiada.

    Ada zat Allah Taala itu (sungguh = wajib)
    Tiada Allah Taala itu ( tidak = mustahil)
    Maka, di sini, kita dapat keluarkan satu sifat wajib bagi Allah, dan satu sifat mustahil bagi Allah.

  2. Qidam ertinya sedia. Makan sedia itu wujud Allah Taala itu tiada dahulu oleh Adam. Lawannya baharu. Mustahil Allah Taala itu baharu. Hanya wajib sedia selama-lamanya adapun tanda sedia Allah Taala itu sekalian makhluk (dalil aqli)

    Ada sedia Allah Taala itu (sungguh = wajib)
    Baharu Allah Taala itu ( tidak = mustahil)
    Maka, di sini, kita dapat keluarkan satu sifat wajib bagi Allah, dan satu sifat mustahil bagi Allah. 

  3. Baqa' ertinya kekal. Makna kekal itu wujudnya tiada berkesudahan. Lawannya fana'. Mustahil Allah Taala itu fana'. Hanya wajib kekal selama-lamanya adapun tanda sedia Allah Taala itu sekalian makhluk (dalil aqli)

    Ada kekal Allah Taala itu (sungguh = wajib)
    Fana' Allah Taala itu ( tidak = mustahil)
    Maka, di sini, kita dapat keluarkan satu sifat wajib bagi Allah, dan satu sifat mustahil bagi Allah.
     
  4. Mukhalafatuhu lil hawadis ertinya  berselahan Allah Taala bagi yang baharu. Ertinya berselahan pada (1) zatnya dan pada (2) sifatnya dan pada (3) af'alnya. Lawannya bersamaan Allah Taala bagi segala yang baharu. Mustahil Allah Taala itu bersamaan dengan segala yang baharu. Hanya wajib berselahan Allah Taala bagi yang baharu selama-lamanya adapun tanda sedia Allah Taala itu sekalian makhluk (dalil aqli)

  5. Qiyamuhu binafsihi ertinya berdiri dengan sendiri. Makna berdiri dengan sendiri itu (1) tiada berkehendak pada zat (2) tiada berkehendak kepada orang yang menjadikannya. Lawannya tiada berdiri dengan sendirinya. Mustahil Allah tiada berdiri dengan sendirinya. Hanya wajib qiyamuhu binafsihi selama-lamanya adapun tanda sedia Allah Taala itu sekalian makhluk (dalil aqli)

  6. Wahdaniyah ertinya esa. Esa pada zatnya, esa pada  sifatnya dan esa pada af'alnya
    Esa Allah pada zatnya bererti
    (1) Tidak disusun oleh beberapa juzu'
    (2) Tidak ada zat yang lain selain daripada Allah
    Esa Allah pada sifatnya bererti
    (3) Sifat Allah tidak berbilang
    (4) Tidak ada sifat yang lain selain daripada Allah
    Esa Allah pada af'alnya bererti
    (5) Tidak ada perbuatan yang lain selai daripada Allah
    Lawannya berbilang-bilang pada zanya,, sifatnya dan af'alnya. Mustahil berbilang-bilang itu. Hanya wajib esa selama-lamanya adapun tanda sedia Allah Taala itu sekalian makhluk (dalil aqli)

  7. Qudrat ertinya kuasa. Kuasa Allah Talla itu tiada dengan urat dan tiada dengan tulang dan tiada dengan alat. Lawannya lemah. Mustahil Allah lemah.Hanya wajib kuasa selama-lamanya adapun tanda sedia Allah Taala itu sekalian makhluk (dalil aqli)

  8. Iradat ertinya berkehendak. Maknanya menjadikan suatu daripada alam ini dengan ikhtiarnya. Lawannya tiada berkehendak, Mustahil Allah tiada berkehendak. Hanya wajib berkehendak selama-lamanya adapun tanda sedia Allah Taala itu sekalian makhluk (dalil aqli)

  9. Ilmun ertinya tahu. Maka tahu Allah Taala itu  tiada dengan belajar, dan tiada dengan berfikir dan melihat. Lawannya jahil, tiada tahu atau tahu tiada betul dengan hakikat. Mustahil Allah jahil. Hanya wajib tahu selama-lamanya adapun tanda sedia Allah Taala itu sekalian makhluk (dalil aqli)

  10. Hayat ertinya hidup. Maka hidup Allah Taala itu  tiada dengan nyawa, dan nafas dan tiada dengan makan dan minum. Lawannya mati. Mustahil Allah mati. Hanya wajib hidup selama-lamanya adapun tanda sedia Allah Taala itu sekalian makhluk (dalil aqli)

  11. Sama' ertinya mendengar. Maka mendengar Allah Taala itu  tiada dengan telinga. Lawannya tuli. Mustahil Allah tuli. Hanya wajib mendengar selama-lamanya adapun dalil sama' Allah Taala itu itu (ان لله سمع بصير) ertinya bahawa Allah Taala itu amat mendengar lagi amat melihat (dalil naqli) - sebab dalil aqli tidak kuat

  12. Basar ertinya melihat. Maka melihat Allah Taala itu  tiada dengan mata atau tiada sengan sebab cahaya matahari pelita dan lain-lainnya. Lawannya buta. Mustahil Allah buta. Hanya wajib menlihat selama-lamanya adapun dalil sama' Allah Taala itu itu (ان الله بصير بالعباد) ertinya bahawa Allah Taala itu amat melihat dengan segala hambanya (dalil naqli)

  13. Kalam ertinya berkta-kata. Maka berkata Allah Taala itu  tiada dengan huruf dan tiada dengan suara dan tiada dengan satu lughah daripada segala lughah baharu.  Lawannya keli. Mustahil Allah kelu. Hanta wajib berkata-kata selama-lamanya adapun dalil Allah Taala itu bersifat dengan berkata-kata itu (وكلم الله موسى تكليم) ertinya berkata-kata Allah Taala itu akan nabi Musa akan sebagai berkata-kata

  14. Kaunuhu qadiran ertinya keadaan yang berkuasa melazim ia akan qudrat. Mustahil Allah lemah. Hanya wajib berkuasa selama-lamanya

  15. Kaunuhu muridan ertinya keadaan yang berkehendak melazim ia akan iradat. Mustahil Allah tiada berkehendak. Hanya wajib berkehendak selama-lamanya

  16. Kaunuhu aliman ertinya keadaan yang tahu melazim ia akan ilmun. Mustahil Allah jahil. Hanya wajib tahu selama-lamanya

  17. Kaunuhu muridan ertinya keadaan yang berkehendak melazim ia akan iradat. Mustahil Allah tiada berkehendak. Hanya wajib berkehendak selama-lamanya

  18. Kaunuhu muridan ertinya keadaan yang berkehendak melazim ia akan iradat. Mustahil Allah tiada berkehendak. Hanya wajib berkehendak selama-lamanya
  19. Kaunuhu basiran ertinya keadaan yang melihat melazim ia akan basir. Mustahil Allah buta. Hanya wajib melihat selama-lamanya
  20. Kaunuhu mutakalimman ertinya keadaan yang berkata-kata melazim ia akan kalam yang berdiri pada zatnya. Mustahil Allah kelu. Hanya wajib berkata-kata selama-lamanya

    (dalil sifat ma'nawiyah ini sama dengan dalil sifat ma'nawi)
Sifat yang harus bagi Allah Taala itu dengan berbuat tiap-tiap mungkin atau meninggalkannya

Maka sifat- sifat Allah  mempunyai 41 sifat (20 sifat wajib, 20 sifat mustahil, 1 sifat harus)



Sifat Nafsiah, Salbiah, Ma'nawi dan Ma'nawiyyah

Sifat nafsiah (1)
ertinya hal yang wajib bagi zat selama ada zat itu pada hal tiada dikeranakan dengan sesuatu kerana
wujud

Sifat salbiah (5)
ertinya tiap-tiap sifat yang menunjukkan atas nafsi barang yang tiada patut ia pada Allah 
Qidam - sedia, tiada mula
Baqa' - kekal, tiada kesudahan
Mukhalafatuhu lil hawadis - bersalahan Allah Taala dengan segala yang baharu, tiada sama dengan Allah
Qiyamuhu binafsi - beridiri dengan sendiri, tidak berkehendak pada makhluk
Wahdaniyyah - esa, tidak berbilang-bilang

Sifat ma'nawi (7)
ertinya tiap-tiap sifat yang maujud yang diwajibkan ia bagi zat itu حكم  (sifat yang biasa ada pada diri kita)
qudrat, iradat, ilmun, hayyan, sama', basar, kalam

Sifat ma'nawiyyah (7)
ertinya hal yang sabit bagi zat selama ada zat itu pada hal yang dii'lahkan dengan satu i'llah
kaunuhu qadiran, kaunuhu muridan, kaunuhu aliman, kaunuhu sami'an, kaunuhu basiran, kaunuhu mutakalliman


Biodata Rasulullah
  • Muhamad bin Abdullah bin Mutalib (lebih baik menggunakan Mutalib daripada Abdul Mutalib kerana bukan nama Mutalib bukan nama Allah) bin Hasim bin Al-Manaf
  • Ibunya, Siti Aminah binti Wahab
  • Bangsa Arab quraisy
  • Lahir dan menjadi rasul di Mekah
  • Wafat dan kubut baginda di Madinah

Sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi rasul
  1. Siddiq ertinya benar. Makna benar ialah  muafakat khabarnta itu akan barang yang pada Allah Taala. Lawannya dusta. Mustahil atas mereka itu dusta. Dalil benar segala rasul itu farman Allah Taala  (صدق الله ورسوله) ertinya telah benar Allah dan rasulnya

    Benar - sifat wajib bagi rasul
    Dusta - sifat mustahil bagi rasul

  2. Amanah ertinya kepercayaan. Makna kepercayaan itu terpelihara mereka itu daripada yang ditegah. Lawannya khianat. Mustahil atas mereka itu khianat. Dalil amanah itu kerana Allah menyuruh akan kita dengan mengikut mereka itu menunjukkan mereka itu terpelihara daripada mengerjakan yang ditegah

    Amanah - sifat wajib bagi rasul
    Khianat - sifat mustahil bagi rasul

  3. Tabligh ertinya menyampaikan. Makna tabligh itu menyampaikan barang yang disuruh akan mereka itu menyampaikan akan umatnya. Mustahil atas mereka itu menyembunyikam. Dalil bagi tabligh sama bagi dalil amanah.

    Tabligh - sifat wajib bagi rasul
    Menyembunyikan - sifat mustahil bagi rasul
  4. Fatonah ertinya cerdik. Ada sesetengah ulama tidak menyenaraikan fatonah antara sifat yang wajib bagu rasul kerana pada oandangan mereka fatonah itu termasuk dalm sifat tabligh.
Sifat yang harus bagu rasul iaitu perangai tubuh manusia yang tiada membawa kepada kekurangan pada martabat seperti makan, minum, dan tidur dan lain-lainnya

Persoalan
  1. Wahyu Allah diturunkan dengan
    - khas untuk nabi (maka, kita sendiri tidak mengetahuinya)
    - diberi pilihan sama ada untuk menyampaikan atau tidak
    - wajib sampaikan
Wallahulam

Comments

Popular posts from this blog

TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR AYAT 68-70

TAFSIR AS-SAD AYAT 62-83