PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADHAN

Orang yang memiliki iman akan rasa dirinya tidak sabar untuk menunggu Ramadhan. Setiap individu haruslah mempunyai KPI (Key Performance Indicator) masing-masing yang mana sentiasa menambah baik Ramadhan yang lepas kepada yang lebih baik. 

Kehidupan di dunia merupakan satu tempat unutk kita sentiasa memperbaiki diri dan bukannya di akhirat kelak. Ramai manusia apabila mereka meninggal dunia, mereka berasa menyesal dengan kehidupan dunia mereka. Maka, pada saat itu penyesalan merupakan suatu yang sia-sia. Ingatlah, bahawa penyesalan di dunia lagi baik daripada penyesalan di akhirat. 

Antara cara kita untuk muhasabah diri dalam solat yang telah kita dirikan ialah dengan menilai solat yang telah kita lakukan sebelum dengan yang akan kita lakukan nanti. Muhasabah boleh juga diukur dengan hari Jumaat yang sebelum dengan jumaat akan datang. Begitu juga, dengan Ramadhan yang lepas dengan Ramdhan yang akan datang. Timbang amal baik buruk sepanjang duration masa tersebut. Adalah lebih baik atau sebaliknya?

An-Nisfu Sya'bban disandarkan pada hadis dhoif tetapi ada riwayat mengatakan menghidupkan malam nisfu diamalkan oleh para sahabat yang rapat dengan Nabi.

Puasa sunat yang jelas dalam Islam ialah puasa Isnin dan Khamis. Pendapat ulama' mengatakan untuk puasa pada hari selan itu, tetapi tidak melakukan puasa Isnin dan Khamis adalah lebih baik tidak melaksanakannya. 

Yasin ialah hati Al-Quran. Jika kita mengaji hanya pada hari Jumaat dan tidak melakukan pada hari lain, maka ianya bid'ah. Tapi kalau kita niat yang hari Jumaat banyak fadhilat, membaca Yasin besar fadhilatnya, maka kita membacanya adalah lagi bagus.

Kenapa orang dulu baca Yasin tiga kali pada waktu malam nisfu Sya'ban? 
Ulama dulu nak menggalakkan orang awam untuk mengaji. Oleh yang demikian, mereka menetapkan membaca Yasin tiga kali pada waktu malam nisfu Sya'ban bagi memudahkan masyarakat yang jahil.

Nabi Nuh berkata hidupnya yang selama1600 tahun itu ibarat masuk pintu dapur keluar pintu depan. Begitulah sekejapnya kita berasa hidup di dunia kerana kehidupan di dunia tidak akan pernah rasa puas, 

Jangan jadikan budaya beribadat sebagai ibadat bermusim.

"Bacalah Al-Quran, nanti di akhirat dia akan menjadi penolongmu"

"Ibadat itu tidak perlu kamu buat sekaligus tapi buat satu-satu ibadat berterusan"

Ibadat itu terbahagi kepada dua iaitu ibadat khusus dan ibadat umum. Ibadat khusus ialah solat, zakat, puasa, haji, syahadah. Ibadat umum ialah mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan.

"Aku tidak akan mengambil kira kamu orang taat jika kamu hanya solat tetapi ketaatan itu apabila kamu beriman kepada Allah, Rasul, Kitab, Malaikat dan Hari Akhirat"

Di Lauh Maufuzah, Allah menyimpan Al-Quran dan diturunkan ke langit bumi iaitu Baitul Izzah pada 17 Ramadhan yang dikenali sebagai Nuzul Al-Quran. Kemudian, dituunkan kepada Nabi Muhammad secara berperingkat sepanjang kerasulan nabi.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

DAPATAN DARIPADA MIFTAHUL MURID FI ILMIT TAUHID : PART 1

TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR AYAT 68-70

TAFSIR AS-SAD AYAT 62-83