SIFAT ORANG MUKMIN : PART 2
Disampaikan oleh: USTAZ AIDIL ADHA
Sambungan : SIFAT ORANG MUKMIN : PART 1
Kita tidak akan berasa untuk bertaubat selagi mana kita tidak merasai bahawa diri kita sebagai hamba Allah bukannya hamba dunia. Oleh yang demikian, kita akan dapati apabila Allah menerangkan syurga dan neraka dan penerimaan taubat, Allah akan menggunakan perkataan "al-abd" atau "al-ibad" yakni hamba.
"Jika kamu melakukan banyak amal, kemudian, kamu fikir apa yang kamu lakukan ialah amal soleh, tetapi itu tidak menjadikan kamu hamba Allah, maka, kamu tidak layak untuk masuk syurga"
Begitulah yang berlaku pada Iblis. Ibllis ialah makhluk yang paling banyak amal hatta bila Allah hendak menciptakan Adam, Azazil tidak tidur malam berdoa agar malaikat tunduk. Tapi dia tidak menyangka Allah hendak menciptakan manusia sebagai khalifah dan kena sujud pada malaikat. Hal ini disebabkan iblis tidak nampak arahan untuk tunduk itu sebagai arahan daripada Allah tetapi dia melihat arahan itu untuk memperbezakan darjatnya yang diciptakan dari api. Masakan, api mahu tunduk pada tanah. Itulah menjadi asbab penderhakaan iblis kepada Allah.
Bayangkan kita yang mempunyai banyak kelebihan, harus tunduk pada orang yang lebih rendah daripada kita. Pasti ego akan menyelubungi.
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka mereka pun sujud kecuali Iblis." Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir. (Al-Baqarah, 1:34)
Rasulullah bersabda:
"Aku menyayangi orang yang pemurah tapi kalau dia fakir dan pemurah dia lagi aku sayang"
Kerana apa? Orang fakir ini akan selalu fikir, kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.
Allah Taala puji sahabat yang mengikat perut kerana memberi makanan kepada hendak meraikan para tetamu.Rasulullah bersabda:
"Aku tengok pokok-pokok pemurah tumbuh di dalam syurga. Dan tak akan masuk syurga orang yang tidak pemurah."
Rasulullah bersabda:
"Aku suka orang yang bertawadhu' (merendah diri) tapi aku lebih suka orang kaya yang merendah diri"
Kaya itu bukan sahaja kaya dari segi harta tapi juga ilmu.
Kisah seorang penjual durian di negeri Pahang. Tengku Puan Pahang, adik Sultan Johor, pergi makan durian di satu kedai. Tetapi penjual durian itu tidak mengenali baginda, lalu dipanggil, "akak, ..." Tengku ini pun layankan sahaja apabila dipanggil sedemikian rupa. Kemudian, pegawai peribadi memberitahu bahawa itu ialah Tengku Puan Pahang. Jadinya, penjual durian pun rasa tidak sedap hati. Keesokannya, Tengku datang lagi ke kedai durian tersebut. Lalu si penjualnya menggunakan istilah Tuanku. Tuanku itu berkata, panggil kak pun takpe.
Nilai yang dapat diambil disini ialah tanamlah diri dengan sifat rendah diri bukannya ego dengan jawatan yang diterima.
Syeikh Aj-Jasakhar, seorang ulama hadis di Mesir, kelebihan beliau ialah sunnan sittah semua dihafal oleh beliau. Beliau naik bas, berdiri, bersama dengan pelajar walaupun dia ulama' yang besar. Sehinggalah ada yang memanggilnya "Sheikh" untuk memberikan tempat duduknya, lalu beliau pun duduk di tempat tersebut.
Amalan yang dilakukan oleh seseorang yang merasakan diri hamba, InsyaAllah akan diterima oleh Allah. Dan amalan yang dilakukan oleh seseorang hamba yang tidak merasakn dirinya hamba tidak akan diterima oleh Allah.
NOTA TAMBAHAN
RUJUKAN
https://www.facebook.com/pg/jomkitakekuliah/videos/?ref=page_internal
Wallahualam.
Sambungan : SIFAT ORANG MUKMIN : PART 1
Kita tidak akan berasa untuk bertaubat selagi mana kita tidak merasai bahawa diri kita sebagai hamba Allah bukannya hamba dunia. Oleh yang demikian, kita akan dapati apabila Allah menerangkan syurga dan neraka dan penerimaan taubat, Allah akan menggunakan perkataan "al-abd" atau "al-ibad" yakni hamba.
"Jika kamu melakukan banyak amal, kemudian, kamu fikir apa yang kamu lakukan ialah amal soleh, tetapi itu tidak menjadikan kamu hamba Allah, maka, kamu tidak layak untuk masuk syurga"
Bayangkan kita yang mempunyai banyak kelebihan, harus tunduk pada orang yang lebih rendah daripada kita. Pasti ego akan menyelubungi.
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka mereka pun sujud kecuali Iblis." Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir. (Al-Baqarah, 1:34)
Rasulullah bersabda:
"Aku menyayangi orang yang pemurah tapi kalau dia fakir dan pemurah dia lagi aku sayang"
Kerana apa? Orang fakir ini akan selalu fikir, kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.
Allah Taala puji sahabat yang mengikat perut kerana memberi makanan kepada hendak meraikan para tetamu.Rasulullah bersabda:
"Aku tengok pokok-pokok pemurah tumbuh di dalam syurga. Dan tak akan masuk syurga orang yang tidak pemurah."
Rasulullah bersabda:
"Aku suka orang yang bertawadhu' (merendah diri) tapi aku lebih suka orang kaya yang merendah diri"
Kaya itu bukan sahaja kaya dari segi harta tapi juga ilmu.
Kisah seorang penjual durian di negeri Pahang. Tengku Puan Pahang, adik Sultan Johor, pergi makan durian di satu kedai. Tetapi penjual durian itu tidak mengenali baginda, lalu dipanggil, "akak, ..." Tengku ini pun layankan sahaja apabila dipanggil sedemikian rupa. Kemudian, pegawai peribadi memberitahu bahawa itu ialah Tengku Puan Pahang. Jadinya, penjual durian pun rasa tidak sedap hati. Keesokannya, Tengku datang lagi ke kedai durian tersebut. Lalu si penjualnya menggunakan istilah Tuanku. Tuanku itu berkata, panggil kak pun takpe.
Nilai yang dapat diambil disini ialah tanamlah diri dengan sifat rendah diri bukannya ego dengan jawatan yang diterima.
Syeikh Aj-Jasakhar, seorang ulama hadis di Mesir, kelebihan beliau ialah sunnan sittah semua dihafal oleh beliau. Beliau naik bas, berdiri, bersama dengan pelajar walaupun dia ulama' yang besar. Sehinggalah ada yang memanggilnya "Sheikh" untuk memberikan tempat duduknya, lalu beliau pun duduk di tempat tersebut.
Amalan yang dilakukan oleh seseorang yang merasakan diri hamba, InsyaAllah akan diterima oleh Allah. Dan amalan yang dilakukan oleh seseorang hamba yang tidak merasakn dirinya hamba tidak akan diterima oleh Allah.
Maksudnya: Mahasuci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.
Maknanya, Allah menyifatkan Nabi Muhammad sebagai hambaNya.
Nabi Musa naik perahu bersama dengan Nabi Khindir. Tetiba datang seekor burung belatuk hinggap dihujung perahu. Lalu burung belatuk ini pun minum air, kemudian, burung belatuk ini pun mematuk hujung perahu. Seterusnya, burung itu memandang wajah Nabi Musa dan Nabi Khindir. Perbuatan ini diulang beberapa kali.
Nabi Musa: Macam burung ini, mahu memberitahu sesuatu.
Nabi Khindir: Betul lah tu, burung ini mahu ajarkan sesuatu.
Nabi Musa: Ajarkan apa?
Nabi Khindir: Apa yang diminum daripada laut oleh burung itu diibaratkan ilmu Allah. Apa yang ditinggal dihujung paruh setelah dia patuk ialah ilmu kita.
NOTA TAMBAHAN
- Tujuan untuk masuk politik ialah untuk memahamkan orang Islam tentang Islam yakni Islam is the way of life.
- Imam yang membawa Ilmu tauhid Ahli Sunnah wal Jamaah ialah Imam Abu Mansor Al-Marthudi dan Imam Abu Hassan As-Syairah. Mengikut Imam Abu Mansor, sifat wajib bagi Allah ialah 13 tetapi mengikut Imam Abu Hassan As-Syairah, sifat wajib bagi Allah ialah 20. Untuk mendapat huraian yang lebih, boleh pergi ke sini.
- Iblis sebenarnya beibadat kepada Allah selama 80,000 tahun sebelum peristiwa iblis yang enggan tunduk pada Adam, masih belum menentukan mereka ke syurga. Akibatnya, Allah melempar segala amalnya kepada iblis dan melaknat mereka.
RUJUKAN
https://www.facebook.com/pg/jomkitakekuliah/videos/?ref=page_internal
Wallahualam.
Comments
Post a Comment