IKTIBAR DARI IBLIS

Iktibar dari Iblis
25 Februari 2017 (Sabtu)
Masjid Universiti Teknologi Petronas

 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar merreka beribadah kepadaKu (Az-Zariyat, 51:56)

Jin termasuklah syaitan, malaikat dan ada manusia memanggilnya sebagai bunian. Mereka semua digolongkan dalam kategori jin. 

Allah menyuruh agar malaikat dan iblis sujud pada Adam bukan untuk menjadi hamba Adam tetapi untuk membuang ego dan atas arahan Allah.

Riya' - perasaan nak tunjuk kepada orang lain 
Ujub - perasaan diri lagi hebat daripada orang lain
Takabbur - perasaan bangga diri

Di Arab Saudi, ada seorang lelaki yang bernama Muhammad Al Hassin (berumur 60 tahun). Beliau selalu hadir ke masjid walaupun dalam keadaan merangkak.

Pada suatu hari, Rasulullah datang kepada Abdullah bin Umar dan menyentuh bahunya dan melihat matanya lalu bercakap dengannya, "Jadikanlah kamu di dunia seperti orang asing atau musafir"
Orang asing ialah orang yang tidak duduk di tempat asa, maknanya kita di dunia ini bulan selamanya,
Begitu juga dengan seorang musafir yang mana pergi satu tempat kemudian berpindah ke satu tempat yang lain.

"Wahai nabi Nuh (hidup selama 900-1000 tahun), kalau hidup lama tak rasa bosan ke?"
"Hidup ini terlalu singkat"

Ulama berkata, "hidup ini umpama masuk pintu depan, keluar pintu belakang" 

Iblis akan sentiasa menghasut manusia manusia, hadirkan perasaan was-was dan sentiasa menghalang kita melakukan perkara kebaikan. 
*Satu sifat iblis yang boleh kita contohi ialah sikapnya yang tidak mudah berputus asa. Sebaik mana pun seseorang hamba itu, pasti Iblis akan sentiasa menghasutnya melakukan dosa.

Oleh yang demikian, sedarlah diri bahawa hidup ini hanya singkat sahaja. Tiada masa untuk berlengah, jaga ibadat biar jadi bekalan di sana bukannya nanti perasaan menyesal menyelubungi diri berharap untuk pulang ke dunia.

Maka, mulakan langkah menaikkan iman dari hari ke hari. Antaranya, rapat dengan orang alim agar kebaikan mereka itu akan dapat pada kita.

(* bahagian yang ditambah oleh penulis sendiri, bukannya disampaikan oleh ustaz pada kuliah tersebut)

Walahuallam.

Comments

Popular posts from this blog

DAPATAN DARIPADA MIFTAHUL MURID FI ILMIT TAUHID : PART 1

TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR AYAT 68-70

TAFSIR AS-SAD AYAT 62-83