ALAMAT-ALAMAT BESAR HAMPIRNYA KIAMAT

Disampaikan oleh: Ustaz Ahmad Muzaini Abdul Rahman

Alamat-alamat besar hampirnya hari kiamat di antaranya ialah

1. zahirnya Imam Mahdi

Terdapat tiga mazhab yang menerangkan zahirnya Imam Mahdi

i- mazhab yang berpandukan akal
Mereka tidak mengambil kira untuk mengkaji hadis, riwayat para sahabat dan kajian yang dilakukan oleh alim ulama' dulu. Mereka berpendapat orang yang mempercayai akan zahirnya Imam Mahdi dan Dajal di akhir zaman ialah sesat tetapi hakikatnya mereka yang sesat. Kerana zahirnya imam Mahdi merupakan disebutkan dalam nas-nas yang sohih. Antara mereka yang bepegang dengan mazhab ini ialah Ahmad Amin dalam kitabnya Dhuha Islam, Saad Muhammad Hassan dalam kitabnya Mahdiyyah fil Islam dan Ahmad Abiyyah. Mereka menzahirkan turunnya Imam Mahdi dan Nabi Isa merupakan simbol kemenangan kepada kebenaran. Dan zahirnya Dajjal merupakan simbol berlakunya fitnah dan munculnya kesesatan. Mereka itu hanya berpandukan kepada hujah-hujah akliah semata-mata tanpa mempedulikan nas dari hadis-hadis yang sohih. Pendeknya, mereka mengatakan tidak akan munculnya Dajjal dan Imam Mahdi.

ii- mazhab Batinniah dan Syiah
Mereka menyabitkan zahirnya Imam Mahdi dengan menokok tambah dengan hujah-hujah yang dhaif dan maudu' (yang direka-reka). Sebahagian daripada Syiah ini mempunyai Al-Quran mereka sendiri. Di Makam Hussain di Mesir, mereka membaca Al-Quran Syiah. Syiah ini berasal dari Yahudi yang bernama Abdullah bin Salud yang masuk dalam umat Islam dan merosakkan umat Islam dari dalam. Dan di antara mereka yang berpendapat yang dikatakan Imam Mahdi itu, ialah seorang yang bernama Muhammad Hassan al-Hasri yang telah dilahirkan dan telah menghilangkan diri, cuma menunggu masa untuk zahir apabila tiba masanya. Pendapat ini lebih kepada sangkaan tanpa mempedulikan hadis-hadis yang sohih.

iii- mazhab Ahli Sunnah wal Jama'ah
Hadis Nabi:
"akan berpecah umatku di akhir zaman kepada 73 puak. Semuanya masuk ke neraka kecuali satu iaitu Ahli Sunnah wal Jama'ah"
Mereka berpandukan riwayat-riwayat yang sohih, dengan sanad-sanad yang dipercayai daripada Nabi Muhammad. Yang ini, haruslah menjadi aqidah kita, yang mana akan zahirnya Dajjal dan Imam Mahdi suatu hari nanti.

Dalam Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim tidak disebutkan secara jelas tapi di dalam kitab lain disebutkan secara jelas.

"Daripada Abi Hurairah r.a katanya Rasulullah telah bersabda bagaimanakah keadaan kamu apabila turunnya Isa dan Imam (pemimpin) di kalangan kamu (di kalangan umat Nabi Muhammad)" (Riwayat Bukhari)

Ulama mengatakan Imam di kalangan kamu itu ialah Imam Mahdi. Di saat kemenangan Islam, yang memimpin solat ialah Imam Mahdi termasuklah Nabi Isa menjadi makmum. Mula-mula akan turunnya Dajjal kemudian barulah turunnya Nabi Isa. Dajjal ini bukannya yang mempunyai mata sebelah tetapi makhluk yang mempunyai dua mata tapi buta sebelah. Sebelum turun Nabi Isa, Dajjal mempunyai dua mata tetapi setelah Nabi Isa turun, Dajjal mempunyai satu mata, buta sebelah. Dajjal ini akan datang bersama fitnah.

Pada saat itu, Allah akan menyekat satu perkara yang penting pada badan manusia iaitu air. Tiga tahun sebelum turunnya Dajjal, Allah Taala akan menyekat 1/3 air, dua tahun sebelum turunnya Dajjal, Allah Talla akan menyekat 2/3 air dan apabila zahirnya Dajjal Allah akan menyekat air. Dan ketika itu, tiada air dan makanan kecuali pada Dajjal.

Tidak ada satu pun Nabi kecuali setiap seorang akan cerita pada umatnya, makhluk yang bermata satu, yang bapa penipu

Sebelum turunnya Dajjal yang sebenar, anak beranak dia sudah bersedia iaitu Freemanson. Oleh yang demikian, orang Islam tidak boleh duduk diam sedangkan orang kafir sedang merancang untuk menjatuhkan Islam.

Daripada Jabbir r.a bahawasanya ia telah mendengar Rasulullah telah bersabda sentiasa ada di kalangan umatku yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir sehingga akhir zaman. Lau Rasulullah bersabda lagi lalu turunlah Nabi Isa ibnu Maryam maka berkatalah pemimpin ketika itu (umat Islam pada ketika itu) "Silalah sembahyang menjadi imam kepada kami." Lalu Nabi Isa menjawab, "Tidak. Sesungguhnya di kalangan kamu menjadi pemimpin di atas yang lain sebagai kemuliaan dari Allah kepada ummat ini."

Siapakah yang dimaksudkan oleh Nabi Isa? Itulah Imam Mahdi. Hadis di atas menerangkan beberapa perkara iaitu, akan berterusan, di kalangan umat ini adanya orang yang memperjuangkan Islam hingga ke akhir zaman. Dan ketika turunnya Nabi Isa, adanya seorang pemimpin yang soleh dikalangan orang Islam sehingga Nabi Isa menolak untuk menjadi imam sembahyang kerana memberi penghormatan sebagai yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada umat ini. Maka, imam itu dipanggil untuk tampil menjadi imam sembahyang. Itulah Imam Mahdi.

Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya Rasulullah  s.a.w bersabda, aku menyatakan khabar gembira kepada kamu dengan zahirnya Imam Mahdi ketika manusia di dalam pertelingkahan dan banyak gempa bumi lalu ia melimpahkan bumi dengan keadilan sebagaimana sebelum ini dipenuhi dengan kezaliman. Ia diredhai oleh penduduk langit dan pendunduk bumi. Ia membahagikan harta secara sahah (betul) lalu seseorang yang berada dalam majlis itu bertanya, "Apakah yang dimaksudkan dengan sahah?" Sabda Rasulullah, "maknanya sama rata (adil)" Lalu Allah memenuhkan hati umat Muhammad dengan kekayaan dan melimpahlah kepada mereka oleh keadilannya"

Hadis di atas menerangkan tentang kepimpinan Imam Mahdi sebelum berlakunya kiamat.


TAMBAHAN NOTA


1. Shafieyah - ulama-ulama bawah mazhab shafie

2. "Orang yang mati, sebelum dia mati, yang tak pernah fikir untuk mati di jalan Allah, maka ia mati orang jahiliah"
mati di jalan Allah - tidak semestinya mati di Syria dan sebagainya tetapi boleh juga dikaitkan jika individu tersebut selalu berfikir untuk perjuangan Islam 

3. Kemenangan besar umat Islam pada zaman Rasulullah ialah zaman pembukaan kota Mekah. Maka pada masa itu, ramai yang menganut agama Islam.

4. Zaman Abbasiyyah pernah diserang oleh musuh Islam, tetapi musuh Islam tidak menang, kerana antara sebabnya pemuda mereka selalu menangis tiap-tiap malam kerana takut pada Allah. 

5. Lalai merupakan punca kejatuhan umat Islam hari ini bukannya kerana umat Islam miskin. Jika dilihat, jika kemiskinan menjadi punca umat Islam jatuh tetapi kenapaa negara pengeluar minyak menjadi sangat hina. Pemimpin Mesir memberikan ucapan hari raya kepada semua umat Islam kecuali penduduk di Qatar dan Turki.


Maksudnya: Dan sungguh, akan kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tapi tidak mempergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah. (Al-A'raf, 7:179)

6. Walaupun Islam itu duduk bawah atau atas sekalipun, duduklah bersama dengan Islam

7. Hadis Nabi:
"Akan berlakunya pembukaan Konstantinopel (Istanbul). Sebaik-baik sultan, sultan zaman itu. Sebaik-baik tentera, tentera zaman itu"
Rupa-rupanya orang yang membuka Konstantinopel ialah Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau, seorang pemuda yang tidak pernah meninggalkan qiamulail. 

8. 24 March 1924 (tak berapa pasti) jatuhnya zaman Khalifah Uthmaniyyah yang mana, sebabnya ialah lalai. Tahap yang teruk ialah sehingga mereka lupa untuk solat hari raya. Mustafa Kamal Antartuk, jasadnya tidak diterima oleh bumi. Kuburnya konkrit di bukit di Turki.

9. Syeikh Yusof  Al-Qadhrawi, bukan orang bijak.orang yang dapat membezakan antara penting dengan yang tak penting, tetapi orang yang bijak ialah orang dapat membezakan antara dua perkara yang penting, yang mana lagi penting.

10. Ditanya Imam Hassan Al-Banna untuk menunaikan solat terawih 8 rakaat atau 20 rakaat? Jawabnya, kesatuan ummat itu lagi wajib.

11. Di antara ciri orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang faham agama.

RUJUKAN

https://www.facebook.com/jomkitakekuliah/videos/1414669955275549/

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

DAPATAN DARIPADA MIFTAHUL MURID FI ILMIT TAUHID : PART 1

TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR AYAT 68-70

TAFSIR AS-SAD AYAT 62-83