Posts

Showing posts from August, 2017

SIFAT ORANG MUKMIN : PART 3

Disampaikan oleh: USTAZ AIDIL ADHA Sambungan:  SIFAT ORANG MUKMIN : PART 2 (WARAK) Perlu kita tanam perasaan bimbang, takut-takut amalan yang kita nampak secara zahirnya ialah amalan soleh, rupa-rupanya ia merupakan satu amalan yang sia-sia, yang tidak ditimbang oleh Allah Taala. Jangan kita fikir, orang yang melakukan kerja maksiat sahaja yang masuk neraka tetapi orang yang melakukan kerana taat zahirnya, dan batilnya maksiat, yang dibuat bukan kerana Allah, ataupun buat kerana Allah tetapi mempunyai sikap ujub dan riyak, akhirnya masuk ke neraka juga. Begitulah yang berlaku pada Iblis yang beribadat selama 80,000 tahun tetapi keengganannya untuk sujud pada Adam kerana sifatnya yang takabbur menjadikan ia makluk yang hina dan akan masuk ke neraka kelak. Rasulullah bersabda, "Hendaklah kamu jaga-jaga dengan penyakit hasad kerana penyakit hasad menghilangkan amalan kebaikan yang kamu kerjakan" Iblis ini bermula dengan penyakit hasad / dengki. Katanya, "Aku lebih...

ALAMAT-ALAMAT BESAR HAMPIRNYA KIAMAT

Image
Disampaikan oleh: Ustaz Ahmad Muzaini Abdul Rahman Alamat-alamat besar hampirnya hari kiamat di antaranya ialah 1. zahirnya Imam Mahdi Terdapat tiga mazhab yang menerangkan zahirnya Imam Mahdi i- mazhab yang berpandukan akal Mereka tidak mengambil kira untuk mengkaji hadis, riwayat para sahabat dan kajian yang dilakukan oleh alim ulama' dulu. Mereka berpendapat orang yang mempercayai akan zahirnya Imam Mahdi dan Dajal di akhir zaman ialah sesat tetapi hakikatnya mereka yang sesat. Kerana zahirnya imam Mahdi merupakan disebutkan dalam nas-nas yang sohih. Antara mereka yang bepegang dengan mazhab ini ialah Ahmad Amin dalam kitabnya Dhuha Islam, Saad Muhammad Hassan dalam kitabnya Mahdiyyah fil Islam dan Ahmad Abiyyah. Mereka menzahirkan turunnya Imam Mahdi dan Nabi Isa merupakan simbol kemenangan kepada kebenaran. Dan zahirnya Dajjal merupakan simbol berlakunya fitnah dan munculnya kesesatan. Mereka itu hanya berpandukan kepada hujah-hujah akliah semata-mata tanpa mempedulik...

KESALAHAN YANG DILAKUKAN PADA BULAN SYAWAL

Image
1. Pemborosan Sikap berboros ini telah wujud pada awal bulan Ramadhan lagi dimana satu hari pemborosan makanan di bulan Ramadhan melebihi satu tan makanan. Satu tan makanan ini mampu untuk diberikan kepada 6 juta orang. Allahu, pemborosan yang nyata yang dilakukan oleh umat Islam di bulan yang mulia. 2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan Contohnya yang paling kerap dilakukan oleh masyarakat hari ini ialah bersalaman antara sepupu lelaki dan sepupu perempuan. Selain itu, tanpa memahami perbezaan ayah/mak sedara betul atau ayah/mak sedara sabit juga menambahkan kekeliruan masyarakat. Untuk makluman semua, misalnya, saya ialah seorang perempuan. Saya dibenarkan untuk bersalaman dengan ayah sedara betul (adik beradik mak dan ayah) tetapi tidak dibenarkan untuk bersalaman dengan ayah sedara sabit (suami adik beradik perempuan mak dan ayah). Walaupun ada yang mengatakan kita dibenarkan untuk bersalaman dengan orang tua yang bukan muhrim, namun, haruslah dipastikan b...

SIFAT ORANG MUKMIN : PART 2

Image
Disampaikan oleh: USTAZ AIDIL ADHA Sambungan :  SIFAT ORANG MUKMIN : PART 1 Kita tidak akan berasa untuk  bertaubat  selagi mana kita tidak merasai bahawa diri kita sebagai hamba Allah bukannya hamba dunia. Oleh yang demikian, kita akan dapati apabila Allah menerangkan syurga dan neraka dan penerimaan taubat, Allah akan menggunakan perkataan "al-abd" atau "al-ibad" yakni hamba. "Jika kamu melakukan banyak amal, kemudian, kamu fikir apa yang kamu lakukan ialah amal soleh, tetapi itu tidak menjadikan kamu hamba Allah, maka, kamu tidak layak untuk masuk syurga" Begitulah yang berlaku pada Iblis. Ibllis ialah makhluk yang paling banyak amal hatta bila Allah hendak menciptakan Adam, Azazil tidak tidur malam berdoa agar malaikat tunduk. Tapi dia tidak menyangka Allah hendak menciptakan manusia sebagai khalifah dan kena sujud pada malaikat. Hal ini disebabkan iblis tidak nampak arahan untuk tunduk itu sebagai arahan daripada Allah tetapi dia melihat arah...

KEHIDUPAN SELEPAS MATI : PART 1

Apabila itu telah meninggal dunia, kita haruslah menyegerakan urusan jenazah termasuklah mengusung jenazah ke dalam kubur. Jika jenazah itu baik, maka jenazah itu tidak sabar untuk ke kubur untuk mendapat nikmat Allah. Kendatipun begitu, jika jenazah itu jahat, maka tiada faedah jika kita memikulnya lama-lama. Selain itu, urusan jenazah seperti memandikan, mengafakan jenazah haruslah dilakukan dengan cermat. Jenazah akan pesan kepada orang hidup agar jangan berkasar dengan dia. Malaikat diperintah oleh Allah untuk mengambil tanah, tetapi tanah tidak membenarkan mereka kecuali Malaikat Izrail. Lalu Malaikat Izrail pun mengambil beberapa jenis tanah dalam pada masa yang sama tanah masih beleter kepadanya. Disebabkan pelbagai jenis tanah ini, melahirkan pelbagai jenis warna kulit manusia. Allah berfirman disebab Malaikat Izrail mengambil tanah, maka dia akan menggalas tanggungjawab mengambil nyawa manusia. Malaikat Izrail berkata, maka nanti dia akan bermusuhan dengan Adam. Lalu ...

SIFAT ORANG MUKMIN : PART 1

Image
Disampaikan oleh: USTAZ AIDIL ADHA Dua sifat yang perlu ada dalam diri seorang mukmin ialah الخوف  (takut) dan الرجاء (berani). Al-khauf ialah perasaan takut di atas dosa-dosa yang telah dilakukan sekalipun dosa tersebut ialah dosa kecil.  Apabila disebut 'doa' semua ialah maksiat. Oleh yang demikian, kita dilarang untuk berkata 'takpe je, dosa kecil je'.  Maksudnya: Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) (Al-Zalzalah, 99:7)  Maksudnya: Dan barangsiapa kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya (Al-Zalzalah, 99:8) Oleh yang demikian, walaupun sebesar zarah pun boleh menyebabkan kita dicampakkan ke dalam api neraka. Nauzubillah. Walaupun dalam ilmu feqah ada diistilahkan dosa besar dan dosa kecil namun, dalam ilmu tasawwur tiada istilah dosa besar dan dosa kecil kerana dosa ialah perkara yang mungkar yang menjadi hijab dalam menghubungkan kita dengan Alla...

PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADHAN

Orang yang memiliki iman akan rasa dirinya tidak sabar untuk menunggu Ramadhan. Setiap individu haruslah mempunyai KPI (Key Performance Indicator) masing-masing yang mana sentiasa menambah baik Ramadhan yang lepas kepada yang lebih baik.  Kehidupan di dunia merupakan satu tempat unutk kita sentiasa memperbaiki diri dan bukannya di akhirat kelak. Ramai manusia apabila mereka meninggal dunia, mereka berasa menyesal dengan kehidupan dunia mereka. Maka, pada saat itu penyesalan merupakan suatu yang sia-sia. Ingatlah, bahawa  penyesalan di dunia lagi baik daripada penyesalan di akhirat.  Antara cara kita untuk muhasabah diri dalam solat yang telah kita dirikan ialah dengan menilai solat yang telah kita lakukan sebelum dengan yang akan kita lakukan nanti. Muhasabah boleh juga diukur dengan hari Jumaat yang sebelum dengan jumaat akan datang. Begitu juga, dengan Ramadhan yang lepas dengan Ramdhan yang akan datang. Timbang amal baik buruk sepanjang duration masa ters...

PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ

Image
Peristiwa Isra' dan Mikraj  27 REJAB Masjid Universiti Teknologi Petronas Peristiwa Isra' dan Mikraj berlaku pada tahun ke-11 kenabian yang mana yakni ketika Nabi Muhammad berusia 51 tahun. Terdapat tiga mesej yang terselit dalam peristiwa Isra' dan Mikraj iaitu imaniah, ilmiah dan amaliah. Imaniah - menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah bilamana Allah pamerkan kepada Nabi Muhammad pelbagai seksaan yang dihadapi oleh manusia serta dipamerkan gambaran syurga dan neraka. Ilmiah - pengetahuan tentang alam yang mana boleh dikaji dan diteliti oleh manusia, contonya, penciptaan langit dan bumi. Amaliah - kewajipan menunaikan ibadat solat. Maksudnya : Mahasuci (Allah),  yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadany sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat (Al-Isra', 17:1) Abu Bak...

IKTIBAR DARI IBLIS

Iktibar dari Iblis 25 Februari 2017 (Sabtu) Masjid Universiti Teknologi Petronas  وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar merreka beribadah kepadaKu (Az-Zariyat, 51:56) Jin termasuklah syaitan, malaikat dan ada manusia memanggilnya sebagai bunian. Mereka semua digolongkan dalam kategori jin.  Allah menyuruh agar malaikat dan iblis sujud pada Adam bukan untuk menjadi hamba Adam tetapi untuk membuang ego dan atas arahan Allah. Riya' - perasaan nak tunjuk kepada orang lain  Ujub - perasaan diri lagi hebat daripada orang lain Takabbur - perasaan bangga diri Di Arab Saudi, ada seorang lelaki yang bernama Muhammad Al Hassin (berumur 60 tahun). Beliau selalu hadir ke masjid walaupun dalam keadaan merangkak. Pada suatu hari, Rasulullah datang kepada Abdullah bin Umar dan menyentuh bahunya dan melihat matanya lalu bercakap dengannya, "Jadikanlah kamu di dunia seperti orang asing...

TAFSIR AS-SAD AYAT 62-83

Image
Tafsir As-Sad 20 Februari 2017 (Isnin) Masjid Universiti Teknologi Petronas Maksudnya: Dan (orang-orang durhaka) berkata, "Mengapa kami tidak melihat orang-orang yang dahulu (di dunia) kami anggap sebagai orang-orang yang jahat (hina). (As-sad, 38:62) Maksudnya: Dahulu kami menjadikan mereka olok-olokkan, ataukah kerana penglihatan kami yang tidak melihat mereka?" (As-sad, 38:63) Maksudnya: Sungguh, yang demikian benar-benar terjadi, (yaitu) pertengkaran di antara penghuni neraka. (As-sad, 38:64) Maksudnya: Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya aku hanya seorang pemberi peringatan, tidak ada tuhan sekaub Allah Yang Maha Esa, Mahaperkasa. (As-sad, 38:65) Maksudnya: (yaitu) Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, Yang Mahaperkasa, Maha Pengampun." (As-sad, 38:66)   Maksudnya: Katakanlah, "Itu (Al-Quran) adalah berita besar (As-sad, 38:67) Maksudnya: yang kamu berpaling darinya. (As-sad, 38...