DAPATAN DARIPADA MIFTAHUL MURID FI ILMIT TAUHID : PART 4

Jumlah Sya'bil Iman (perkara yang disusunkan bagi iman) bercawanglah iman itu kepada 77 
  1. syahadah
  2. mandi daripada jannabah daripada junub atau haid atau nifas
  3. mengambil air sembahyang
  4. sembahyang yang fardhu
  5. puasa di bulan Ramadhan
  6. haji dan umrah fadhu yang ain atau kifayah
  7. perang sabil

  8. hijrah
    - berpindah dari negeri kafir kepada negeri Islam bagi orang yang tiada kuasa menyatakan agamanya)
    - dan jika dapat seseorang itu menyatakan agama maka tidak berpindah itu afdhal
    - haram berhijrah sekiranya dapat menegahkan dirinya dan hartanya dan agamanya daripada kejahatan kafir dan ia asing pada tempat daripada mereka itu dan jikalau ia berpindah nescaya menjadi maka tempat itu menjadi negeri harbi. maka, wajib ia duduk pada tempat itu

  9. istiqamah akan taat akan Allah Taala
  10. mendirikan jemaah sekira-kira nata tanda Islam
  11. nasihat bagi Allah dan rasulnya dan bagi ummatul muslimin dan awamnya
  12. menyuruh dengan ma'ruf
  13. menegahkan dengan munkar
  14. adil ia pada perkataan dan perbuatan dan pada hikmahnya
  15. menunaikan amanah kepada ahlinya
  16. benar pada percakapan dan pada perbuatan kebajikan
  17. menyempurnakan janji
  18. menahan diri daripada menyakiti seseorang
  19. berbakti kepada kedua ibu bapa
  20. menghubungkan sillaturrahim
  21. memuliakan jiran
  22. memuliakan tetamu
  23. tida berkata-kata dengan sia-sia
  24. terpelihara lidah daripada berkata-kata yang jahat dan mengkeji
  25. puji pada syarak tapi syak kerana cemburu
  26. meninggalkan berkata-kata dan berbuat daripada tiap-tiap barang yang tidak memberi faedah
  27. taqwa kepada Allah
  28. qana'ah 
  29. wara' - meninggalkan barang yang ada padanya syubhah
  30. beriman kepada Allah
  31. percaya akan sifat Allah
  32. beriman kepada qada'dan qadar

  33. beriman dengan segala anbiya' dan rusul
    -120, 4000 bilangan anbiya'
    - 313 bilangan rusul

  34. beriman dengan kitab yang diturun dari langit
    - 4 buah kitab
    - 100 suhuf

  35. beriman dengan segala malaikat
    - maksum
    - melakukan perkara yang diperintah Allah
    - bukan lelaki mahupun perempuan

  36. beriman dengan Quran
  37. beriman dengan jin dan syaitan
  38. tidak boleh membunuh orang muslim yang dalam hatinya ada kalimah la ilah illah allah
  39. haram kufurkan orang muslim yang melakukan dosa besar yang lain daripada syirik
  40. niat ketika melakukan ibadat kecuali ketika membayar hutang dan membasuh segala najis supaya membezakan adat dan ibadat
  41. ikhlas dalam melakukan segala amal - bersih daripada ria' dan ujub

  42. taubat apabila melakukan maksiat
    - menyesal dengan perbuatan yang dikerjakan
    - meninggalkan perbuatan yang dikerjakan
    - berazam untuk meningalkan perbuatan yang dikerjakan
    - menggembalikan segala munzalim (perkara yang bukan pada tempatnya) yang seseorang itu ambil pada tempatnya

  43. sabar atas bala dan atas mengerjakan taat dan daripada mengerjakan maksiat
  44. syukur atas segala nikmat Allah
  45. zahid ia daripada dunia yang halalnya dan haramnya
  46. tawakal iaitu berpegang atas Allah
  47. khauf - takut akan azab Allah
    raja' - akan rahmat Allah
  48. kasih seseorang itu akan Allah kerana Allah tuhan yang memberi nikmat dan yang mempunyai sifat kesempurnaan
  49. kasih akan rasul 
  50. kasih akan في الله dan  بعض في الله
  51. kasih akan sahabat nabi yang ansar
  52. kasih akan saidina Ali bin Abi Talib
  53. kasih akan segalan sahabat
  54. iqtiqad kepada khalifah yang keempaat selepas nabi
  55. kasih akan saudara Islam 
  56. wajib kita taat akan imam
  57. adil pada perkataan dan perbuatan
  58. meninggalkan dusta pada perkataan melainkan dusta yang memberi kebaikan 
  59. malu - meninggalkan perkataan atau perbuatan yang tidak patuh baginya daripada yang keji-keji
  60. baik perangai dengan segala manusia

  61. baik perangai dengan segala arhamnya dengan perkataan dan perbuatan dan memberi harta jika mereka berkehendak
    - Arham ialah (andai kita sebagai seorang nenek) cucu daripada anak perempuan

  62. memperbanyakkan zikir
  63. ilmu yang memberi manfaat
  64. yakin dalam hatinya bahawa agama Islam agama yang sebenar, suci daipada syak.
  65. benci akan kufir
  66. percaya bahawa alam ini akan binasa
  67. percaya akan barzakh (alam kubur)
  68. percaya akan berkekalan segala roh pada kubur kemudian daripada mati jasadnya
  69. percaya dengan seksa kubur bagi orang kafir berkekalan selama-lamnya 
  70. percaya akan bangkit daripada kubur
  71. percaya akan hari kiamat
  72. percaya akan hisab

  73. percaya akan siratal mustaqim
    - titian yang dibentangkan terlebih halus daripada rambut dan terlebih tajam daripada pedang
    - 15,000 tahun perjalanannya dimana 5,000 tahun naik, 5,000 betul lalunya, 5,000 turun
    - 3,000 tahun perjalanannya dimana 1,000 tahun naik, 1,000 tahun betul lalunya, 1,000 tahun turunnya
    - sesetengahnya seperti kilat yang menyambar, seperti angin, seperti pelari kuda, seperti orang yang berjalan, ada yang mengesot dan ada yang jatuh di dalamnya

  74. percaya akan حوض (kolam nabi)
  75. percaya akan syurga dan neraka
  76. percaya akan melihat wajah Allah
  77. membuangkan sesuatu yang menyakiti daripada jalan yang di jalan manusia

PERSOALAN
  • Syahadah bagi mazhab Shafie, tidak wajib kecuali dalam solat. Hanya sunat di luar sembahyang.
    Mazhab Maliki, wajib mengucap sekali di luar sembahyang.

  • Syahadah merupakan jurubahasa
    - walaupun Nabi tahu mereka orang munafiq tapi Nabi terima mereka, kerana syahadah merupakan jurubahasa

  • Mazhab Hanafi : wajib solat witir
    Mazhab Shafie : solat witir sunat muakad

  • Barangsiapa yang banyak berkata-kata, banyaklah salahnya,
    Barangsiapa yang banyak salah, banyaklah dosanya,
    Barangsiapa yang banyak dosa, tempat nerakalah baginya

  • Di antara tujuh anggota badan manusia yang sering melakukan dosa (mata, perut, telinga, mulut, kaki, tangan dan kemaluan), mulut merupakan tempat yang paling banyak buat dosa

  • Dua lubang yang sentiasa buat dosa - lubang faraj dan lubang mulut

  • Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling takut
    - Zahid (paling tinggi) - jika barang tersebut halal, jika dia mahu, dia akan ambil, tetapi jika tidak penting baginya, dia tidak akan mengambilnya
    - Wara' - meninggalkan perkara syubhah
    - Takwa - syubhah sebagai perkara makhruh dan tidak berdosa

  • Darjat ikhlas
    (paling tinggi) - buat ibadat semata-mata kerana Allah kerana bagi mereka perintah Allah lebih besar daripada segala-galanya. tidak mengharapkan pahala, dosa, dan tak takut dosa
    (sederhana) - buat ibadat semata-mata nak dapat pahala daripada Allah, takut daripada azab api neraka.
    (rendah) - buat ibadat sebab nak dunia dan akhirat. Contohnya baca surah Al-Waqiah, nak dapat pahala dan pada masa yang sama untuk mndapat rezeki.

    Jika amalan, keluar daripada ketiga-tiga di atas maka dia riya.
    Amalan riya' akan memadamkan amalannya dan nanti malaikat akan lempar amalannya

  • Mazhab Hanafi, tidak mementingkan untuk berniat.

  • Lima perkara yang wajib ke atas orang hidup terhadap orang mati
    - hak Allah
    - belanja kematian
    - wasiat
    - hutang
    - pusaka


RUJUKAN 
disertakan hanya sebahagian daripada full videos. Selebihnya didapati semasa ceramah ustaz.


https://www.facebook.com/jomkitakekuliah/videos/1405419832867228/
https://www.facebook.com/jomkitakekuliah/videos/1405424479533430/
https://www.facebook.com/jomkitakekuliah/videos/1405447259531152/
https://www.facebook.com/jomkitakekuliah/videos/1405461556196389/
https://www.facebook.com/jomkitakekuliah/videos/1406393669436511/


Walahualam

Comments

Popular posts from this blog

DAPATAN DARIPADA MIFTAHUL MURID FI ILMIT TAUHID : PART 1

TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR AYAT 68-70

TAFSIR AS-SAD AYAT 62-83