Posts

Showing posts from July, 2017

MIZAN

Image
"Ini satu bab yang menyatakan barang yang datang pada mizan daripada hadis-hadis dan perkabaran-perkabaran para ulama'. Dan adalah mizan-mizan itu haqq (perkara yang tidak dapat tidak mesti terima)" Firman Allah: Maksunya: Dan Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tidak seorang pun dirugikan walau sedikit; sekalipun hanya seberat biji sawi, pasti Kami yang membuat perhintungan. (Al-Anbiyaa, 21:47) Firman Allah: Maksudnya: Maka adapun orang yang berat timbangan (kebaikan)nya (Al-Qariah, 101:6) Maksudnya: Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan (senang) (Al-Qariah, 101:7) Maksudnya: Dan adapun orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya (Al-Qariah, 101:8) Maksudnya: Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. (Al-Qariah, 101:9) "Bermula mizan itu iaitu mempunyai lidah dan dua daunnya (macam dacing). Dan tiap-tiap satu daripada kedua-duanya terlebih luas daripada tujuh petala langit dan bumi" Conto...

TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR AYAT 68-70

Image
Maksudnya: Dan sangkakala pun ditiup, maka matilah semua (makhluk) yang di langit dan di bumi kecuali mereka yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sekali lagi (sangkakala itu) maka seketika itu mereka bangun (dari kuburnya) menunggu (keputusan Allah) (Az-zumar, 39:68) نفق (ditiup) - Allah sengaja merahsiakan siapa yang meniup sangkakala. Tetapi menurut tafsir sangkakala pertama yang bertujuan untuk mematikan semua yang benyawa yakni jin, haiwan dan manusia. الصور (merujuk kepada benda yang ditiup) Mati yang disebabkan as-sur mati yang bergelimpangan, dengan mata terbeliak akibat daripada frekuensi yang tidak dapat ditahan oleh telinga, sehingga pecah gegendang telinga. من - menunjukkan orang yang bernyawa dan berakal iaitu malaikat, jin (syaitan dan iblis) dan manusia tetapi dalam ayat ini memfokuskan jin dan manusia sahaja. Hal ini disebabkan malaikat tidak melakukan dosa. Mereka berakal tapi tidak bernafsu. Hanya manusia jin dan manusia yang akan dinilai. Ba...

DAPATAN DARIPADA MIFTAHUL MURID FI ILMIT TAUHID : PART 4

Jumlah Sya'bil Iman (perkara yang disusunkan bagi iman) bercawanglah iman itu kepada 77  syahadah mandi daripada jannabah daripada junub atau haid atau nifas mengambil air sembahyang sembahyang yang fardhu puasa di bulan Ramadhan haji dan umrah fadhu yang ain atau kifayah perang sabil hijrah - berpindah dari negeri kafir kepada negeri Islam bagi orang yang tiada kuasa menyatakan agamanya) - dan jika dapat seseorang itu menyatakan agama maka tidak berpindah itu afdhal - haram berhijrah sekiranya dapat menegahkan dirinya dan hartanya dan agamanya daripada kejahatan kafir dan ia asing pada tempat daripada mereka itu dan jikalau ia berpindah nescaya menjadi maka tempat itu menjadi negeri harbi. maka, wajib ia duduk pada tempat itu istiqamah akan taat akan Allah Taala mendirikan jemaah sekira-kira nata tanda Islam nasihat bagi Allah dan rasulnya dan bagi ummatul muslimin dan awamnya menyuruh dengan ma'ruf menegahkan dengan munkar adil ia pada perkataan dan perbuatan ...

DAPATAN DARIPADA MIFTAHUL MURID FI ILMIT TAUHID : PART 1

Mungkin ada sedikit perbezaan daripada kitab yang sebenar kerana ustaz menggunakan pengiraan yang biasa dan diketahui ramai. Walau bagaimanapun pengiraan tersebut tidak boleh dikatakan salah kerana ada hujahnya tersendiri Hukum akal terbahagi kepada tiga iaitu wujub istihalah jawaz Perkara yang dihukum oleh akal terbahagi kepada tiga iaitu wajib (perkara yang sungguh) barang yang tidak dapat dirupakan pada akalnya akan tidaknya mustahil (perkara yang tidak) barang yang tiada dapat dirupakan pada akalnya sungguhnya jaiz (perkara yang harus / boleh jadi) barang yang sah pada akal akan adanya dan tiadanya Perbezaan antara ada, sungguh, tiada dan tidak  Ada : Nampak yang perkara ada dan lawannya tidak Tiada : lawannya ada Sungguh : Kadang-kadang sungguh itu tak semestinya ada dan lawannya tidak. Contohnya kita tidak nampak udara. Maka, udara itu tiada tapi sungguh. Tidak : lawannya sungguh Aliran Ahli Sunnah terbahagi kepada dua iaitu Abu Mansor...

DAPATAN DARIPADA MIFTAHUL MURID FI ILMIT TAUHID : PART 3

Mengenal Allah merupakan fardhu ain ke atas kita Sabda Nabi :   'awaluddin makrifatullah'  (awal agama mengenai Allah) Mengenal Allah yang utamanya, bukannya zakat, puasa dan solat. Rasulullah mnyebarkan dakwah di Mekah selama 10 tahun yang mana menekankan tentang tauhid kepada Allah. Sedangkan seruan puasa diturunkan setelah 2 tahun setelah hijrah nabi.   Sifat Ma'ni  terdapat tujuh sifat dan dibahagikan kepada tiga bahagian tetapi  taksir - qudrat, iradat (ta'lik kepada perkara mungkin) inkisar - ilmun, sama', basar (ta'lik kepada perkara yang ada) dilalah - kalam  tetapi hayyan tiada ta'liq Sifat Uluhiyyah  terbahagikan kepada dua yakni  istirnar  استغنى (11 sifat wajib, 11 sifat mustahil dan 1 harus) 1. lepas daripada sifat yang menjadi (4.5) : wujud, qidam, baqa', mukhalafatuhul lil hawadis, qiyamuhu binafsihi (definis yang kedua) 2. lepas daripada zat (0.5) : qiyamuhu binafsihi (definisi yang pertama) 3. lepa...

DAPATAN DARIPADA MIFTAHUL MURID FI ILMIT TAUHID : PART 2

Iqtiqad yang membolehkan seseorang itu murtad syak pada wujudnya Allah  syak pada rasulnya syak pada sesuatu daripada Quran yang diijma'kan atasnya syak pada hari kiamat syak pada wujudnya syurga dan neraka pada akhirat syak pada hasil pahala bagi orang yang taat dan seksa bagi orang yang kufur iqtiqad akan ketiadaan satu daripada sifat Akkah yang wajib baginya dengan ijma' ulama' menghalalkan yang haram dengan ijma' yang ma'lum mengharamkan yang halal dengan ijma' menafi akan wajib yang diijma'kan atas wajibnya menafi akan sunat yang diijma'kan cita-cita akan kufur pada masa akan datang ingkar pada sahabat nabi Abu Bakar ingkar akan risalah salah seorang daripada rasul yang diijma'kan akan pesuruhnya atau ingkar pada nubuwwah salah seorang daripada anbiya' ingkar akan satu huruf yang diijma'kan atas daripadanya quran atau menambah satu huruf dalam Al-Quran mendustakan akan satu rasul daripada segala rusul atau satu nabi dari...