SAKARATUL MAUT
Di dalam surah al-qiyamah Allah ada menceritakan mengenai sakaratul maut.



Maksudnya: Tidak! Apabila (nyawa telah sampai ke kerongkong (26) dan dikatakan (kepadanya),"Siapa yang dapat menyembuhkannya?" (27) dan dia yakin bahawa itulah waktu perpisahan dengan dunia (28) dan bertaut betis (kiri) dan betis (kanan) (29) kepada Tuhanmulah pada hari itu kamu dihalau. (Al-Qiyamah:26-30)
Aisyah meriwayatkan ketika Nabi Muhammad dalam saat kewafatan, baginda memasukkan tangan baginda ke dalam bekas air dan menyapu muka, lalu berkata
"La ilaha illa Allah, wujudnya keazaban maut."
Bayangkan Rasulullah sendiri yang tidak pernah melakukan dosa, merasakan peritnya sakaratul maut, inikan pula diri kita.
Namu begitu ada yang bertanya, mengapa Allah memberi sakit sakaratul maut kepada Rasulullah sedangkan Rasulllah merupakan hamba yang paling taat padanya, dan hamba paling dia sayang.
- Setiap apa yang Allah tetapkan, sungguh begitu indah. Sakit yang dihadapi oleh Rasulullah sebenarnya untuk Rasulullah menceritakan pada kita, bagaimana sakaratul maut itu terjadi. Bukankah di dunia ini kita berpegang pada Al-Quran dan Hadis. Maka dari itu, kita dapat gambarkan bagaimana sakaratul maut itu terjadi.
Dalam sains ada disebut istilah dying process. Dying process is the shutting down the body process, physically, sensory and mentally slowly. Maka di sini bermulalah sistem tubuh badan akan berhenti satu persatu.
- Secara ringkasnya, pada mulanya, denyutan jantung menjadi tidak normal, kadang dia berdenyut dan kadang tidak. Maka darah yang mengalir akan menjadi berkurang mengakibatkan buah pinggang akan rosak. Pengaliran darah yang berkurang mewujudkan keadaan chemical imbalances dalam tubuh badan dan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada otak mengakibatkan pemikiran menjadi celaru.
- Kesan daripada pengaliran darah yang tidak lancar, menyebabkan darah tidak dapat dipam ke jari. Maka, disaat itu mereka akan berasa sejuk dan kebas.
- Kesan seterusnya dapat dilihat melalui pernafasan. Orang yang berada dalam sakaratul maut ini mempunyai dua cara pernafasan iaitu
i - tarik nafas panjang dan setelah dihembus tarikan nafas pada masa selepas itu menjadi laju
ii - (normal case) bernafas laju dan tiba-tiba tidak bernafas. Situasi ini dipanggil stokes breathing.

Maksudnya : Dan Dialah Penguasa mutlak atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila kematian datang, kepada salah seorang di antara kamu, malaikat-malaikat Kami mencabut nyawanya, dan mereka tidak melalaikan tugasnya. (Al-An'am:61)
Ayat di atas menerangkan tugas para malaikat yang mencabut nyawa.
Imam Al-Qurthubi dalam bukunya At-Tazkirah menerangkan roh itu dikeluarkan
- Dari kaki sampai ke lutut
- Dari lutut sampai ke pusat
- Dari pusat ke kerongkong
- Ditarik keluar dan mata pada kebiasannya akan mengikut roh itu keluar
Kisah seorang ulama yang melalui fasa kematian. Terdapat seseorang ditepinya yang mengatakan
"la ilaha illa allah,"
lalu dia menjawab,
"nyah kamu!"
Lalu apabila ulama itu tersedar, orang tersebut bertanya,
"Mengapa kamu menghalau aku,"
Ulama itu menjawab,
"Aku bukan menghalau kamu, tapi aku menghalau iblis yang menghasut aku."
Jelaslah di sini, Iblis akan datang mengacau kita pada ketika roh hendak keluar dari badan. Sungguh gigih si Iblis. Maka, pada saat inilah, tiada bantuan yang lain dapat membantu kita kecuali Allah.
Sakit yang kita hadapi pada saat sakaratul maut itu, boleh jadi tandanya Allah sayang pada kita. Kenapa berkata begitu
- Kifarah dosa. Mungkin-mungkin ini sahaja peluang terakhir untuk kita menghapuskan dosa tika di dunia
- Meningkatkan martabat kita. Biasanya, kita akan sebut "Allah, Allah." Maka, bertambah ganjaran pahala kerana mengingatiNya. Oleh yang demikian, hidup di dunia jangan lupa amal soleh.
Imam Quthubi ada menyebut, bikamana seseorang itu suka membuat satu-satu amalan, maka pada saat akhir kematian, dia akan menyebut apa yang dia gemari lakukan.
Contohnya, dia ketika di dunia, suka berniaga lalu melupakan solat. Maka, pada saat kematiannya, dia menyebut "dirham, dirham." Nauzubillah
Maka, untuk mendapat husnul khatimah, solat jangan tinggal, selalu basahkan lidah dengan zikrullah.

Maksudnya: tiap-tiap yang bernyawa itu kan merasai mati. Kemudianya hanya kepada Kami kamu kembali (Al-ankabut:57)
Persedian apa yang perlu kita lakukan pada hari ini?
عن أنس رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (يتبع الميت ثلاث فيرجع اثنان ويبقى واحد يتبعه أهله وماله وعمله فيرجع أهله وماله ويبقى عمله ) رواه البخاري ومسلم
Maksudnya :Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda " Si mati itu akan diikuti oleh tiga golongan. Akan kembali dua golongan dan satu glongan akan tetap menemaninya. Dia akan diikuti oleh keluarganya, hartanya dan amalnya. Maka keluarga dan hartanya akan kembali pulang sementara amalnya akan tetap menemaninya. (Hadis Sahih Bukhari dan Muslim)
Oleh yang demikian, berfokuslah pada amal soleh dan jauhilah maksiat.
Comments
Post a Comment