الصوم (PUASA)
Setiap istilah bahasa Arab akan memberi dua makna, iaitu, makna dari segi bahasa dan istilah.
6. Onani (Imam Shafie)
12. Sunat telan air liur ketika berpuasa
13. Fidyah
Bilamana wujudnya khilaf ulama, maka semuanya atas diri kita.
Istilah bererti, apabila kita dengar, terus faham secara amnya, dan dari sini akan dibincangkan banyak perkara
Oleh yang demikian,
Puasa,
Dari segi bahasa امساك (imsak) iaitu menahan diri
Dari segi istilah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
SYARAT-SYARAT SAH PUASA
1. Islam - maka orang kafir puasa mereka tidak sah walaupun bagus dari segi moral
2. Berakal - maka orang gila dan kanak-kanak belum mumayiz tidak sah puasa
- mumayyiz - tahu membezakan antara yang benar atau yang salah.
- mumayyiz boleh datang sebelum baligh
- kenapa perlu orang tersebut mumayyiz? sebabnya kita puasa atas niat, maka niat yang betul hanya dapat dilaksanakan bagi orang yang mumayyiz.
4. Puasa yang dilakukan pada hari-hari yang diharuskan puasa
- maka, ada hari-hari yang diharamkan puasa
- antaranya, 2 hari raya (aidil fitri dan aidil adha), hari tasyriq (11,12 dan 13 zulhijjah)
SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Tiada keuzuran yang menghalang daripada menunaikan kewajipan puasa
- keuzuran dibahagikan kepada dua iaitu keuzuran tidak sah puasa dan keuzuran yang diharuskan berbuka puasa.
- keuzuran tidak sah puasa iaitu datang haid dan nifas
- keuzuran yang diharuskan berbuka puasa iaitu orang yang musafir dan orang yang sakit.
KAEDAH MENENTUKAN TARIKH BERPUASA
1. Rukyah - iaitu melihat anak bulan
- dilakukan pada hari ke 29 Sya'ban
- jika anak bulan itu kelihatan, maka akan diisyitiharkan bahawa hari keesokkannya merupakan hari berpuasa
- jika tidak kelihatan, maka digunakan kaedah dua
Di negara kita, orang yang bertanggungjawab menentukan tarikh puasa ialah pemimpin.
Tapi pada zaman Rasulullah berbeza.
Pada suatu hari, ada seorang orang Arab datang berjumpa Rasulullah, lalu mengatakan bahawa dia nampak anak bulan.
Kemudian, Rasulullah bertanya kepadanya, adakah engkau bersaksi bahawa Allah ialah Tuhan sekalian Alam?
Lalu dijawab lelaki Arab itu, ya.
Tambah Rasulullah lagi, adakah engkau bersaksi bahawa aku ialah pesuruh Allah.
Lalu dijawab lelaki Arab itu, ya.
Maka Rasulullah terus menyuruh Bilal melaungkan azan, mengumumkan bahawa hari esok merupakan hari puasa.
Maka dari sini, ulama telah menggariskan bahawa orang yang mengakui melihat anak bulan, haruslah mempunyai ciri-ciri
1. Islam
2. Mukalaf (Berakal + baligh)
3. Adil
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1. Makan dan minum dengan sengaja, maka dengan tidak sengaja adalah sah dan dimaafkan.
2. Bersetubuhan pada siang hari walaupun tidak berlaku klimaks
- puasa tersebut terbatal dan wajib membayar kaffarah
4. Murtad
Keempat-empat ciri di atas merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama
5. Muntah dengan sengaja (Imam Shafie)
- bermakna : dengan cara menjolok ataupun melihat sesuatu dengan sengaja sehingga muntah sedangka dia mengetahui bahawa dirinya akan muntah apabila melihat perkara tersebut
6. Onani (Imam Shafie)
- bermakna : dengan melihat video sehingga membangkitkan syahwat ataupun melihat sesuatu dengan sengaja sehingga membangkitkan syahwat sedangkan dia mengetahui dirinya akan terangsang apabila melihat perkara tersebut
- namun begitu, jika seseorang itu tertidur, lalu dia bermimpi sehingga keluar air mani, maka dia tidak membatalkan puasa
- air mazi, tidak membatalkan puasa
7. Memasukkan sesuatu selain makanan kedalam rongga (Imam Shafie, Imam Malik dan Jumhur Ulama)
- bahagian yang nampak, merupakan bahagian luar makan, dimaafkan
8. Memasukkan ubat ke dalam dubur atau menyedut ubat ke dalam hidung.
- contohnya, inhaler. Untuk kes ini, ia dipecahkan kepada dua bahagian sama ada boleh dikawal, atau tidak boleh dikawal
- kes yang boleh dikawal
- sebahagian ulama mengatakan tidak batal kerana mereka berpendapat bahawa ianya bukan jirim
- sebahagian ulama mengatakan batal kerana mereka berpendapat bahawa ianya jirim - kes yang tidak boleh kawal, iaitu akan membawa kemudaratan kepada diri individu maka diharuskan
9. Pengsan sepanjang hari
- orang mabuk (atas sebab diharuskan, contonya pengambilan ubat) sama hukumnya dengan orang pengsan
- jika dia tersedar dalam waktu puasa, maka puasanya sah
10. Gila
11. Berbekam (Imam Ahmad bin Hanbal)
Jumhur ulama termasuk Imam Shafie mengatakan berbekam tidak membatalkan puasa
12. Berniat untuk keluar daripada puasa (Imam Ahmad bin Hanbal)
Pandangan terkehadapan dalam Mazhab Shafie dan Malik mengatakan berniat untuk keluar daripada puasa tidak membatalkan puasa
PERSOALAN
1. Jika seseorang wanita mengambil ubat hormon, dengan niat untuk menahan haid di bulan Ramadhan
- ulama fikah kotemporari mengharuskan perbuatan tersebut dengan syarat
- pengambilan ubat tersebut tidak memberi kemudaran pada diri, contohnya masalah kesuburan
- wajib meminta pendapat doktor yang muslim
- keizinan suami - namun begitu, menerima ketentuan Allah itu lebih afdhal, kerana apabila Allah menetapkan sesuatu perkara, maknanya Allah Mengetahui.
2. Seseorang itu bangun pagi dan terus makan, dan tersedar bahawa sudah pukul 8 pagi.
- puasanya tidak sah tapi dia kena imsak iaitu menahan diri.
3. Injection ubat
- ada ulama mengatakan batal
- Imam Shafie : tidak batal kerana bukan rongga yang tersedia.
4. Bagaimana orang yang berpuasa tapi tidak solat
- puasanya tidak kira
- amalan yang Allah hisab yang pertama ialah solat
5. Kahak
- terbahagi kepada dua iaitu berkeupayaan atau tidak berkeupayaan
- jika berkeupayaan (luar dari halkum), kalau telan boleh jadi batal
- jika tidak berkeupayaan (lebih dari halkum), jika masuk dimaafkan
6. Menitik air dalam mata
- tidak membatalkan puasa
7. Nifas dan wiladah
- nifas merupakan darah yang keluar selepas bayi dilahirkan
- wiladah merupakan darah yang keluar sebelum bayi dilahirkan
-masih dalam keadaan yang boleh berpuasa
8. Masuk air ke dalam badan // cuci buah pinggang (tidak sama dengan injection)
- ada ulama mengatakan batal puasa kerana merupakan gantian pada makanan
- ada ulama mengatakan tidak batal puasa kerana bukan melalui rongga yang tersedia
9. Rasa masakan dihujung lidah dan meludahnya kembali
- tidak membatalkan puasa
10. Niat sebulan
- mazhab Shafie : tidak sah, maka haruslah berniat setiap hari
- namun begitu, ada ulama mengatakan sah "cukuplah dia berniat pada awal bulan"
- kalau terlupa niat, wajib imsak (menahan diri)
- jika puasa tersebut merupakan puasa sunat, boleh niat sebelum gelincir matahari, asalkan dia belum melakukan perkara yang membatalkan puasa
12. Sunat telan air liur ketika berpuasa
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
13. Fidyah
- mesti diberikan kepada orang fakir dan miskin bukannya pada pihak zakat kerana untuk orang yang berhak menerima zakat terdiri daripada lapan golongan.
- tetapi jika tiada yang berhak menerima fidyah, maka bayaran fidyah tersebut ditangguhkan
- satu hari puasa bagi satu tahun, bersamaan satu cupak beras. Bayaran cupak beras haruslah dilihat pada nilai semasa
14. Puasa selepas nifsu sya'ban (15 sya'ban)
- jika tiada amalan tetap yakni amalan yang selalu dibuat, maka tidak dibenarkan puasa sunat
Bilamana wujudnya khilaf ulama, maka semuanya atas diri kita.
Walahualam.
Comments
Post a Comment