KEBANGKITAN PADA HARI KIAMAT

1. Akan ditiupkan dua kali sangkakala

Tiupan pertama 
  • binasa semua alam kecuali para malaikat
  • lalu dimatikan para malaikat dimana malaikat Maut yang menarik nyawa semua malaikat
  • kemudian, Malaikat maut dimatikan dimana Allah yang akan mengambil nyawanya
  • kemudian, Allah hidupkan Israfil untuk meniup sangkakala kedua
Tiupan kedua
  • manusia dihidupkan balik
2. Diibaratkan hidup di dunia sebagai kehidupan di dunia, di mana alam kubur merupakan dewan peperiksaan dan apabila manusia dihidupkan kembali melambangkan kita akan mendapat result.

Dan pada hari itu, apabila buku amalan dapat dari belakang, maka akan berkata dia "celaka aku pada hai ini" kerana akan masuk kedalam api neraka.

Ingat, dunia bukan tempat balas tapi akhirat sana itu pasti. Dan dunia itu ibarat penjara bagi orang Muslim dan syurga bagi orang kafir,

3. Solat merupakan ibu segala amalan, 'sijil' solat ini tinggi sebab Rasulullah ambil di langit ketujuh.
'Dua rakaat solat fajar (solat sunat qobliyyah subuh) lebih baik dari dunia dan isinya'

4.
عَنْ عَبْد اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ رضى الله عنه يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ »
“Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” (HR. Tirmidzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 6469)
PERSOALAN FIQAH
1. Perempuan tidak digalakkan solat di surau atau masjid kecuali pada solat haru raya malah digalakkan juga bagi yang sedang haid untuk turut datang juga ke masjid.

2. Saham

  • jika kita main saham, pasti akan ada naik turun. jika syarikat tersebut untung maka kita akan untung sekali dan jika untung syarikat kita turun maka kita juga akan mendapat pulangan yang sedikit; bukannya tetap pada nilaian yang sama
3. Jika bekerja di laut, tidak wajib untuk solat jumaat

4. Seorang suami berkehendak untuk berkahwin lagi setelah isterinya meninggal
  • maka, wajib bagi anak-anaknya memberi mas kahwin kepada ayahnya. namun begitu, perkara tersebut hanya untuk seorang isteri sahaja.
5. Aurat atas ipar jika tinggal sebumbung 
  • dibenarkan sinsing lengan dan kaki (tidak melebihi buku lali) 
6. Ayah setelah meninggal tetapi pernah bernazar untuk menyembelih lembu.
  • jika ayah ada harta, wajib guna untuk menyembelih lembu sebelum pembahagian faraid
  • tetapi ayah tiada harta, sunat anak-anak menunaikannya
7. Riya membatalkan pahala
-solat tak batal tapi pahala yang batal

Walahualam

Comments

Popular posts from this blog

DAPATAN DARIPADA MIFTAHUL MURID FI ILMIT TAUHID : PART 1

TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR AYAT 68-70

TAFSIR AS-SAD AYAT 62-83